S. Puspanathan merupakan salah seorang penumpang pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing, China. — Foto Reuters

Selepas empat tahun insiden pesawat MH370, P Varmer masih menunggu bapanya pulang dari kerja.

Demikian luahan G Subramaniam, 64, yang masih belum menceritakan kisah sebenar kepada cucunya yang kini berusia tujuh tahun.

“Kami sekeluarga tidak ada kekuatan untuk menerangkan perkara sebenar kepadanya.

“Sebab itu kami masih tidak memberitahu perkara sebenar dan hanya kata Puspanathan keluar bekerja.

“Sejak dia berusia tiga tahun hingga berada dalam tahun satu bapanya masih tidak dijumpai.

“Sepanjang tempoh itu, dia menunggu bapanya pulang,” katanya lapor Harian Metro.

S Puspanathan merupakan salah seorang penumpang pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing, China.

Pakar teknologi maklumat itu antara 239 penumpang dari 14 negara yang menaiki pesawat malang berkenaan.

Mangsa turut meninggalkan isteri, G Devi, 35, dan seorang lagi anak, P Tashuvarmen, yang berusia empat tahun.

KLIK BACA: Kerajaan bisu kapal layar Equanimity, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Orang ambil dadah pun tahu Perdana Menteri adalah pegawai awam, kata Dr Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share