Neelofa kehilangan lebih 50,000 pengikut di Instagram susulan kontroversi kerana menganjurkan majlis pelancaran koleksi tudung di sebuah kelab malam di ibu negara.

Berdasarkan statistik yang ditunjukkan oleh laman socialblade.com, Neelofa kehilangan sejumlah besar pengikutnya sejak tercetusnya insiden berkenaan. – Jumlah keseluruhan pengikutnya kini seramai 5.46 juta orang.

Selebriti itu kehilangan jumlah paling besar pengikutnya semalam apabila kira-kira 32,000 pengguna Instagram mengambil keputusan untuk ‘unfollow’ atau menarik diri daripada menjadi pengikutnya.

Neelofa juga terus menerima kecaman sehingga dia terpaksa menutup ruangan komen dalam salah satu entri di Instagram. – Ini susulan penganjuran majlis hari jadi dan pelancaran koleksi jenama tudungnya, Be Lofa di Zouk, sebuah kelab hiburan terkenal di ibu negara.

Turut menerima kecaman daripada netizen adalah personaliti Youtube, Nisa Kay yang dilihat menari secara ghairah pada majlis berkenaan.

Malah tindakan Neelofa melancarkan koleksi terbaru tudungnya di kelab malam turut mengundang Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad menulis surat terbuka kepada usahawan wanita itu.

Surat itu antaranya menasihatkan Neelofa sentiasa memelihara imej wanita bertudung dan mencari rezeki yang diberkati Allah.

Semalam, syarikat pengeluar tudung milik Neelofa, Naelofar Hijab menerusi kenyataannya kepada media memohon maaf atas kontroversi yang berlaku sehingga menimbulkan pelbagai reaksi terutamanya daripada masyarakat Islam.

Pengarah urusan PH Prima Sdn Bhd itu berkata pihaknya juga memastikan acara berkenaan tidak dikaitkan dengan minuman keras dan merokok dilarang sama sekali.

Sementara itu, BH Online melaporkan Neelofa menjelaskan keputusannya untuk tidak menghadiri program Transformasi Nasional 2050 (TN50) malam ini disebabkan tidak mahu majlis itu terganggu dengan kontroversi melibatkan dirinya.

Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 29, memberitahu, keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri dan perbincangan bersama penganjur.

“Diharapkan, keputusan yang dibuat ini dapat memberi ruang kepada orang ramai untuk menghayati segala mesej dan agenda penting negara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sekali lagi, saya memohon maaf atas keputusan ini,” katanya kepada BH Online.

KLIK BACAKenapa Najib diam RM400 juta bakal dirampas Switzerland, soal Tony Pua

KLIK BACA: Undang-undang harus menang bukan kejahatan, kata polis Indonesia kes rampas kapal Jho Low-1MDB

KLIK BACA: Kapal Jho Low dirampas Indonesia, Malaysia pula gagal bertindak, kata Azmin

KLIK BACA: Jho Low wang itu milik kami, bala 1MDB datang lagi mujur Tun Mahathir ada…

KLIK BACA: Datuk Kadir Jasin – Najib tidak fikir panjang laksanakan GST seolah-olah nak hukum rakyat jelata sepatutnya ambil hati

KLIK BACA: Kerana Peter Sondakh Indonesia, Felda Tersandar – Datuk Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share