oleh Shahbudin Husin

Alamakkk…apa pulak ni?

Kenapa tiba-tiba 1MDB mahu ditutup?

Apakah 1MDB hanya diwujudkan untuk membuat hutang, walaupun sebahagian daripada wangnya didapati hilang, lalu apabila hutang-hutang dapat dapat dibayar dengan menggunakan pendapatan kerajaan, syarikat itu perlu ditutup begitu saja?

Bukankah selama ini 1MDB dikatakan syarikat yang baik, asetnya banyak melebihi hutang, ada bangunan tertinggi, ada macam-macam kejayaan dan mampu menghantar jemaah haji ke Mekah setiap tahun?

Jika sudah begitu cerita kejayaannya, mengapa 1MDB hendak ditutup?

Adakah program menghantar jemaah haji ke Mekah juga akan turut terhenti?

Ilmu ekonomi apa yang dipakai dalam mewajarkan penutupan 1MDB ini?

Ataukah 1MDB hanya ditubuhkan untuk melakukan samunan terancang dan apabila misi sudah selesai serta selepas ini tiada apa lagi yang perlu disamun, maka syarikat itu perlu ditutup supaya tidak dijadikan ungkitan pada masa depan?

Jika pun 1MDB mahu ditutup juga, kenapa tidak dilepaskan dahulu laporan audit syarikat yang telah diOSAkan sebelum ini?

Apa pula kata rakyat dan pengundi PRU akan datang, adakah mereka setuju dengan penutupan 1MDB atau mahu kebenaran dan keparat-keparat yang terkait dengannya diadili terlebih dahulu?

Pilihan di tangan kita kali ini. Kitalah, melalui undi PRU 14 nanti yang lebih berkuasa menentukannya. – Sumber ShahbudinHusin

*Shahbudin Husin adalah penulis buku politik terkenal. Artikel pertama kali disiar di blognya adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaStyloNews.

KLIK BACA: Jho Low wang itu milik kami, bala 1MDB datang lagi mujur Tun Mahathir ada…

KLIK VIDEO: Polis marin Indonesia kejar rampas kapal Jho Low yang dikehendaki DoJ

KLIK BACA: Datuk Kadir Jasin – Najib tidak fikir panjang laksanakan GST seolah-olah nak hukum rakyat jelata sepatutnya ambil hati

KLIK BACA: Kerana Peter Sondakh Indonesia, Felda Tersandar – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Mufti Brunei – kerajaan runtuh bila ulama penasihat kerajaan tak berani tegakkan kebenaran

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share