Pelancaran tudung di Kelab Malam, Neelofa dikecam

265

Pengacara dan pelakon, Neelofa tidak peduli kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-29 di sebuah kelab hiburan di sini, malam tadi.

Neelofa berkata, kelab malam itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan.

“Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat. Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema.

“Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,” kata Neelofa kepada BH Online.

Neelofa ditemui pada majlis pelancaran koleksi hijab terbaharunya, Be Lofa di sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak, di sini.

Biarpun teruk dikecam dalam media sosial, Neelofa bersyukur segala dirancang lancar dengan kehadiran sahabat handai, keluarga terdekat dan media.

Majlis itu dimeriahkan dengan persembahan penyanyi rap, SonaOne serta kehadiran beberapa selebriti tempatan. – Sumber BHOnline

KLIK BACA: Mufti Brunei – Ulama penasihat kerajaan tak berani tegakkan kebenaran

KLIK BACA: Najib dan Mahathir bertanding di Putrajaya, pertarungan kalah mati siapa menang jadi PM

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share