Sridevi meninggal dunia di Dubai Sabtu lepas dan laporan awal media India mengatakan beliau mengalami masalah jantung. – Gambar EPA, 26 Februari, 2018.

PELAKON wanita popular Bollywood Sridevi meninggal dunia selepas lemas di dalam tab mandi di bilik hotel yang beliau menginap di Dubai, kata laporan sebuah akhbar.

Sridevi, 54, meninggal dunia di Dubai Sabtu lepas dan laporan awal media India mengatakan beliau mengalami masalah jantung.

“Siasatan masih berjalan untuk menentukan keadaan di sekitar kemalangan itu dan laporan forensik hanya mengatakan beliau lemas,” kata akhbar Gulf News, berpangkalan di Dubai yang memetik kenyataan seorang pegawai yang tidak dinamakan.

Kesan alkohol ditemukan di dalam tubuh beliau, menurut penemuan pihak forensik.

Sridevi berlakon dalam banyak filem yang mendapat sambutan hangat sekitar 1980-an dan diminati ramai di India.

Beliau berkahwin dengan penerbit filem, Boney Kapoor.

Pelakon itu melawat Emiriah Arab Bersatu untuk menghadiri perkahwinan anak saudaranya dan pelakon Mohit Marwah. – Bernama

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE