Kenapa Dr Mahathir perlu bertanding di Putrajaya menentang Najib? – Foto AsiaOne

oleh Timmy Say

Tiada siapa yang boleh kalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan. Malah, boleh dikatakan BN boleh meletakkan sesiapa saja di Pekan, calon ini akan menang.

Jadi, perlukah PM bertanding di Pekan? Kawasan-kawasan selamat sebegini sepatutnya diberikan kepada orang baru.

Sebagai PM dan jeneral perang utama, Najib patut memilih kawasan yang lebih simbolik dan mencabar, sesuai dengan kedudukannya. Sebagai orang yang mentadbir Putrajaya, tiada tempat yang lebih sesuai daripada Pekan untuk PM, selain Putrajaya.

Di manakah pula Tun Dr Mahathir Mohamad hendak bertanding? Ura-uranya di Langkawi. Tetapi, minggu lepas ada berita yang melaporkan mungkin di Sembrong, mungkin di Lembah Pantai. Sebenarnya semua cadangan itu tidak sesuai.

Sebagai arkitek minda yang membina Putrajaya dan menjadi pengerusi Pakatan Harapan yang ingin merampas Putrajaya, dari segi simbolik dan persepsinya, Dr Mahathir seharusnya dicalonkan di Putrajaya.

Sebenarnya, pertelingkahan antara Dr Mahathir dan Najib kini hanya dapat diselesaikan di medan pilihan raya.

Oleh itu, antara Najib dan Dr Mahathir, mesti ada satu yang perlu tumbang di pilihan raya umum ke-14, barulah perkara ini akan terhenti.

Putrajaya ialah satu kawasan Parlimen yang simbolik. Kawasan ini belum pernah jatuh daripada tangan BN sejak ianya diwujudkan Dr Mahathir.

Oleh itu, Dr Mahathir perlu bertanding di Putrajaya untuk merobohkan benteng BN dan Najib perlu ke Putrajaya untuk mempertahankannya daripada serangan Dr Mahathir.

Jika Dr Mahathir menang, maka ia bermakna beliau berjaya menggulingkan Najib daripada Putrajaya meskipun Pakatan Harapan tewas.

Jika Najib menang, maka ia bermakna beliau akhirnya dapat mengundurkan Dr Mahathir untuk bersara buat selamanya.

Jika ada calon PM ke-3, beliau dialu-alukan untuk berentap di Putrajaya bersama Dr Mahathir dan Najib.

Biarlah kerusi Putrajaya ini dikhaskan kepada semua calon PM untuk bertanding. Setakat ini, sejarah menunjukkan sesiapa yang memenangi kawasan Parlimen Putrajaya setakat ini, memang akan menguasai “Putrajaya” secara mutlaknya.

Diharapkan para pimpinan BN dan PH yang cintakan negara dapat memastikan Najib dan Dr Mahathir berentap di Putrajaya.

Jika kedua-duanya bertanding dengan ikan kecil di kawasan yang dianggap selamat, kemungkinan kedua-duanya akan menang.

Tetapi, keputusan sebegitu akan menyebabkan pertelingkahan antara mereka berterusan dan negara akan terus diselaputi atmosfera negatif akibat pergaduhan kedua-dua tokoh ini. Akhirnya, rakyat juga yang susah.

*Artikel ini adalah pandangan penulis yang pertama kali disiarkan di portal FMT dan tidak semestinya mewakili MalaysiaStyloNews.

Nota Ana Ghoib: Bagus cadangan Timmy Say jika keduanya menang masuk Parlimen akhirnya jika berentap speaker pula mungkin akan jadi penghalang.

Kemungkinan besar ada Ahli Parlimen yang dihukum gantung menghadiri sidang seperti yang berlaku kepada Lim Kit Siang kesan padah ditegur bertanya soalan kasus 1MDB.

Jadi elok salah satunya kalah dan bersara tetapi dalam pengetahuan Ana Ghoib jika seseorang itu melakukan jenayah kolar putih atau ‘t-shirt round neck’ pun rekod jenayahnya tidak akan padam walau sudah jadi baik insaf duduk rumah jaga kucing dan main golf.

Cuba semak rekod hukuman berat yang dikenakan kepada rakyat biasa yang terlibat dengan penggubahan wang haram.

Senang sahaja hendak cuci wang cuma perlu pindah sana-sini masuk dalam sistem guna orang tengah kalau boleh suruh dia duduk atas kapal layar mewah di tengah laut.

Senang juga untuk mengelak hukuman kerana di negara Walawei ada satu undang-undang baru iaitu orang bodoh dan buat-buat bodoh tidak tahu tidak boleh dihukum yang dibuat oleh bangsa dan ibu-bapa bangsawan yang begitu sayang anaknya tetapi harus diingat LAW ini tidak terpakai kepada rakyat yang papa kedana tiada kabel pula.

Perhatikan betul-betul firman Allah di bawah mengenai orang yang diberi amanah dia main ikut suka hati kerana merasa darjatnya lebih tinggi dari orang lain maka salah dan dosa hanya terkena kepada orang lain bukan dia.

Firman Allah: Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya.

Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: “Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (mereka berdusta). – (A-li’Imraan 3:75)

Sedarlah! Kamu ini adalah orang-orang (yang telah menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah)? – (An-Nisaa’ 4:109)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Najib, Zahid mohon ketepi bukti 1MDB dalam perbicaraan Singapura

KLIK BACA: Zahid: Cukuplah 28 tahun Allah beri peluang PAS perintah Kelantan

KLIK BACA: Tajuddin Rahman akui kenal uncle selau taja harijadi Tun Mahathir berjuta!!!

KLIK BACA: Pemimpin paling zalim di Malaysia insaf setelah membaca kisah ini

KLIK BACA: Hampir semua rakyat hidup dalam takut pada Najib, kata Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share