Menurut Nora Danish isteri Nedim menerusi akaun Instagram miliknya, dia pada awalnya berharap dapat melahirkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nedim atau NeyNey secara normal.

“Saya telah dinasihatkan oleh Doktor (Dr) Aziz untuk melahirkan NeyNey secara pembedahan kerana selepas pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas saya, saya diberitahu mempunyai dua fibroid yang sangat merbahaya.

“Saya rasa sangat bersyukur kerana selamat melahirkan anak secara pembedahan walaupun fibroid tersebut mungkin boleh menyebabkan keguguran atau pengakhirannya saya berada di ICU (Unit Rawatan Rapi),” tulisnya.

Nora turut menasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk mempunyai anak supaya melakukan pemeriksaan kesihatan dan jika dikesan mempunyai fibroid sebaiknya menjalani pembedahan membuangnya.

“Jika ada fibroids buang dahulu. Saya bertuah sangat kami berdua selamat dan sihat. Syukur kepada Allah dan terima kasih Dr. Aziz,” ujarnya.

Pelakon yang popular menerusi filem Aku Terima Nikah ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.97 kg sebuah hospital swasta di ibu negara pada jam 9.02 pagi, 22 Februari lalu.

Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ini adalah perkahwinan kedua buat mereka.

KLIK BACA: Zahid: Cukuplah 28 tahun Allah beri peluang PAS perintah Kelantan

KLIK BACA: Tajuddin Rahman akui kenal uncle selau taja harijadi Tun Mahathir berjuta!!!

KLIK BACA: Pemimpin paling zalim di Malaysia insaf setelah membaca kisah ini

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share