Screaming Mummy, Egypt – Foto Arab News

KAHERAH: Orang ramai yang mengunjungi Muzium Mesir di sini berpeluang melihat pameran terbaru iaitu satu mumia yang jarang dipertontonkan kepada umum selama ini.

Mumia berkenaan adalah milik seorang lelaki yang menemui ajal dalam keadaan ngeri.

Juga dikenali sebagai ‘Mumia Menjerit’, mumia anak lelaki seorang firaun itu dijatuhkan hukuman mati kerana terbabit merancang pembunuhan bapanya.

Kementerian Antikuiti Mesir dalam satu kenyataan berkata, analisis DNA mengesahkan bahawa mumia itu adalah anak kepada Ramses III yang memerintah antara tahun 1186 SM dan 1155 SM.

Ia menunjukkan tanda digantung sebelum dikapankan dengan kulit kambing biri-biri yang dianggap sebagai tidak suci oleh masyarakat Mesir purba.

Menurut satu catatan purba yang ditemui di atas sekeping kulit papyrus, Pentawere, anak lelaki Ramses III itu bersubahat dengan ibunya, Tiye iaitu isteri kedua Ramses III untuk membunuh firaun berkenaan.

Tidak dapat dipastikan sama ada Ramses III terbunuh dalam cubaan itu namun ada petunjuk mengatakan baginda ditikam di leher. – AFP

KLIK BACA: Kalau Najib buat perkara tak betul mana mungkin Saudi benarkan masuk Kaabah, Makam Nabi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share