Kakitangan Hotel Amaris Ambon bergambar kenangan bersama Joko Widodo ketika presiden Indonesia itu bermalam di hotel itu. – Foto Hotel Amaris Ambon, 16 Februari, 2018.

Najib sekeluarga menginap di hotel sama diduduki Raja Saudi di bilik President Suites di Hotel St Regis di Nusa Dua, BALI. – Foto ihsan FMT

Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih popular dipanggil Jokowi dan isterinya, Iriana memilih untuk bermalam di hotel bertaraf dua bintang ketika melakukan lawatan kerja ke Ambon, Maluku, kelmarin.

Jakarta Post melaporkan, presiden itu dan rombongannya tidak memilih hotel lain yang lebih mewah di Ambon, dan memilih menginap di Hotel Amaris Ambon yang kadarny dikatakan berharga RM120 satu malam.

Pengurus hotel itu, Yance Lasa dipetik sebagai berkata presiden itu mendaftar masuk pada 13 Februari jam 9 malam, sementara mendaftar keluar keesokan harinya.

Yance berkata pengurusan hotel dimaklumkan tentang tempahan Jokowi, dua hari sebelum ketibaannya di Ambon.

“Ada permintaan khas iaitu kain telekung, minuman tertentu di dalam bilik dan peralatan lain. Semua permintaan itu hanya biasa-biasa saja, maka pengurusan hotel dapat menyediakannya,” katanya dipetik daripada Jakarta Post.

Bagaimanapun, hotel itu sendiri mengambil inisiatif untuk melakukan penambahbaikan di bilik mereka yang akan didiami presiden.

“Pak Jokowi turut bersarapan di sini, menikmati hidangan yang disediakan pihak hotel,” kata Yance.

Ini bukan kali pertama Jokowi dan isteri bersama rombongannya menginap di hotel yang sederhana ketika melakukan lawatan kerja.

Mereka pernah memilih bermalam di Hotel Jakarta Indah bertaraf dua bintang ketika ke Sumatera, dan juga sebuah hotel tiga bintang ketika berkunjung ke Sumatera Barat pada awal Februari lalu.

KLIK BACA: Habislah Najib, EU boikot minyak sawit PRU BN terjejas

KLIK BACA: Pemimpin talam dua muka berlawan sesama sendiri

KLIK BACA: Kalau Najib buat perkara tak betul mana mungkin Saudi benarkan masuk Kaabah, Makam Nabi

KLIK BACA: Azalina: PANAS selain berita palsu komen juga akan dinilai samada berniat jahat

KLIK BACA: “Apakah Jho Low berjasa kepada negara berbanding Dr Mahathir yang dikutuk hina”

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE