Seorang kerani di Nigeria telah digantung kerja selepas memberitahu juruaudit bahawa seekor ular telah ‘makan’ wang berjumlah 36 juta Naira (RM394,235).

Kerani berkenaan, Philomena Chieshe, bekerja di sebuah pejabat untuk dewan peperiksaan Nigeria yang mengumpul yuran peperiksaan.

Lembaga Kemasukan Bersama dan Matrikulasi, memberitahu BBC bahawa pihaknya telah menolak dakwaan tersebut dan memulakan prosiding tatatertib ke atasnya.

Chieshe mendakwa bahawa ular tersebut ‘secara rohani’ telah menyedut wang bernilai jutaan Naira yang disimpan dalam peti besi pejabat.

Insiden itu bagaimanapun telah menjadi ‘bahan lawak’ oleh warga Nigeria di media sosial.

Agensi anti-rasuah Nigeria, Suruhanjaya Jenayah Ekonomi dan Kewangan, juga menulis tweet tentang kisah itu. – Agensi

KLIK BACA: Kalau Najib buat perkara tak betul mana mungkin Saudi benarkan masuk Kaabah, Makam Nabi

KLIK BACA: Siapa Sri Mulyani FM terbaik dunia, cabaran kepada FM Najib

KLIK BACA:¬†“Apakah Jho Low berjasa kepada negara berbanding Dr Mahathir yang dikutuk hina”

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share