Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat pendedahan mengenai isu identiti usahawan kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof mengakui dimaklumkan bahawa identiti usahawan itu sebagai khunsa, iaitu seseorang yang mempunyai dua alat kelamin.

“Ya betul, ibu bapa Sajat telah bersumpah bahawa Sajat adalah khunsa,” kata Mohd Izwan kepada mStar Online.

Sajat telah memaklumkan mengenai identiti sebenar dirinya kepada Jakim, dalam pertemuan pertama beliau dan kedua ibu bapanya dengan Mohd Izwan di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, 16 Januari lalu.

Sajat turut menggesa Jakim atau mana-mana pihak berkuasa memanggil dan menyiasat seorang penulis blog yang sering mengeluarkan kenyataan berbentuk serangan peribadi ke atas beliau.

“Minta Jakim atau mana-mana badan panggil dan siasat dia sebab telah mengganggu hak asasi kemanusiaan saya dan anak-anak (angkat), serta melakukan provokasi secara terbuka untuk mengaibkan saya,” katanya.

Di dalam video yang disiarkan mStar, Sajat memberi bayangan jantinanya akan terdedah secara rasmi apabila beliau kelak mengerjakan umrah sebagai lelaki atau wanita.

KLIK BACA: Kalau Najib buat perkara tak betul mana mungkin Saudi benarkan masuk Kaabah, Makam Nabi

KLIK BACA: Lebih baik MO1 ajak YB Marang pergi memancing – MP Sepang Hanipa Maidin

KLIK BACA: Siapa Sri Mulyani FM terbaik dunia apa cabarannya untuk Malaysia?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share