PAS mempersoalkan mengapa Perdana Menteri Najib Razak takut untuk menyingkirkan Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) Isa Samad daripada syarikat itu.

Naib Presiden PAS Idris Ahmad berkata, Najib perlu berani bertindak memandangkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) berada di bawah Jabatan Perdana Menteri dan demi kebaikan warganya.

“Kalau Muhyiddin Yassin pun Najib berani pecat sebagai timbalan perdana menteri.

“Tukar sahaja Isa dengan orang lain. Tidak perlu takut kepada Isa, beliau hanya manusia biasa sahaja,” kata ahli Parlimen Bukit Gantang itu dalam satu kenyataan hari ini lapor The Malaysian Insight.

Kemelut timbul dalam syarikat itu apabila Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakaria Arshad dan tiga lain dipaksa bercuti sehingga siasatan dalaman berhubung urusniaga anak syarikat FGV selesai.

Idris turut mempersoalkan siapakah yang sebenarnya berkuasa di Felda di antara pengerusi Shahrir Samad dan Isa.

“Pelik Shahrir ialah pengerusi Felda, manakala Isa hanya sebagai pengerusi FGV.

“Felda pemegang terbesar dalam FGV, tiba-tiba seolah-olah pengerusi Felda tidak boleh buat apa-apa kepada Isa,” katanya.

Idris berkata, sebagai pemegang saham terbesar dalam FGV, Felda sudah pun meluluskan tiga wakil untuk duduk dalam syarikat itu tetapi sehingga kini masih tiada tindakan.

“Semestinya Felda mesti ada wakil di dalam FGV kerana untuk menjaga kepentingan Felda dan peneroka. Hebat sangatkah Isa?

“Beliau mesti sedar kedudukan Felda lebih besar daripada FGV. FGV ibarat anak, manakala Felda ialah bapa. Anak tidak ada, jika bapa tidak wujud,” katanya.

PAS turut menggesa Isa digantikan dengan golongan profesional yang faham tentang selok-belok perniagaan Felda.

“Hentilah dengan melantik orang politik yang tidak profesional untuk kendalikan agensi yang cukup besar,” katanya.

KLIK: Video kuliah Dr Radzi Jidin skandal penyelewengan wang negara paling dahsyat

KLIK BACA: PRU14 diadakan sekarang jawabnya amat jelas BN akan bungkus

KLIK BACA: “Apakah Jho Low berjasa kepada negara berbanding Dr Mahathir yang dikutuk hina”

KLIK BACA: Rafizi kena penjara, tapak projek NFC naik belukar

KLIK BACA: Najib lebih parah berbanding Marcos, kata Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share