Tun Mahathir memberi kata-kata semangat dan sokongan kepada Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan kerana melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia).

Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati Naib Presiden PKR Rafizi Ramli agar “menguatkan semangat” selepas dijatuhkan hukuman penjara kerana melanggar Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) berhubung kebocoran akaun National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

The Malaysian Insight melaporkan ini merupakan kemunculan pertama pengerusi Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Jumaat.

“Jangan berasa kecewa. Kita berjuang mungkin mengambil masa. Mungkin menang, mungkin kalah.

“Tetapi perjuangan mestilah kita teruskan untuk bangsa dan negara,” kata Dr Mahathir melalui video disiarkan di akaun Twitter rasminya, @chedetofficial.

Dr Mahathir yang juga bekas perdana menteri dimasukkan ke IJN minggu lalu kerana jangkitan di dadanya dan demam dan dimasukkan ke wad biasa untuk rawatan dan pemantauan.

Dalam video tersebut, Dr Mahathir dilihat seperti sudah berada di pejabatnya dan bertugas seperti biasa.

KLIK: Video kuliah Dr Radzi Jidin skandal penyelewengan wang negara paling dahsyat

KLIK BACA: PRU14 diadakan sekarang jawabnya amat jelas BN akan bungkus

KLIK BACA: “Apakah Jho Low berjasa kepada negara berbanding Dr Mahathir yang dikutuk hina”

KLIK BACA: Lembu, rakyat Malaysia mangsa sebenar NFC, kata Rafizi

KLIK BACA: Rafizi kena penjara, tapak projek NFC naik belukar

KLIK BACA: Najib lebih parah berbanding Marcos, kata Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE