Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar mendakwa golongan belia di negeri itu kini semakin terabai ekoran kekalahan BN sejak dua penggal lalu sehingga menjadikan golongan belia di negeri itu sebagai pelarian.

Ini kerana, menurut Noh, segala kemudahan kepada golongan belia di Selangor ditarik balik oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) dan mengakibatkan golongan belia terpaksa merempat mencari tempat menjalankan aktiviti riadah mereka.

“Di Selangor BN dah hilang kuasa dan kesannya kepada siapa?

“Saya nak beritahu kepada saudara dan saudari kesannya kepada belia-belia di negeri Selangor,” katanya pada Majlis Pelancaran Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibah 2018 di Homestay Banghuris di Kampung Ulu Chucoh, Selangor semalam.

Noh juga menyeru belia di Selangor menyokong BN demi membangunkan belia di negeri itu.

“Jangan sampai BN hilang kuasa. Kesannya kepada belia.

“Bangkit bersama BN. Peranan perdana menteri bapa pembela kepada belia,” katanya.

KLIK: Video kuliah Dr Radzi Jidin skandal penyelewengan wang negara paling dahsyat

KLIK BACA: PRU14 diadakan sekarang jawabnya amat jelas BN akan bungkus

KLIK BACA: Lembu, rakyat Malaysia mangsa sebenar NFC, kata Rafizi

KLIK BACA: Rafizi kena penjara, tapak projek NFC naik belukar

KLIK BACA: Najib lebih parah berbanding Marcos, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: “Apakah Jho Low berjasa kepada negara berbanding Dr Mahathir yang dikutuk hina”

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share