Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ciri-ciri kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersifat transformatif dan multikulturalis, bebas perkauman, bersifat demokratik dan berpaksikan rakyat, menjadikan beliau mampu melakukan banyak perubahan dan kekal menjadi perdana menteri sehingga sekarang.

“Hasilnya, rakyat Malaysia hari ini bukan sahaja mengecapi kemakmuran ekonomi, tetapi juga menikmati kebebasan bersuara.

“Tiada tahanan dikenakan terhadap rakyat yang mengkritik beliau dan isterinya, menteri-menteri kabinetnya, dan partinya di media sosial serta di demonstrasi jalanan,” katanya menerusi blognya sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Salleh berkata Najib telah berjaya menjadikan Malaysia demokratik, menegakkan kedaulatan rakyat, mengagihkan peluang ekonomi secara saksama, mewujudkan pentadbiran yang berkebajikan, dan melaksanakan pemerintahan Islam yang moderat.

“Memandang ke depan, sewajarnya kita bersyukur kerana dipimpin oleh Najib Razak,” katanya. – Bernama

Ulasan oleh Shahbudin Husin: 

Lawak betul apa yang dikatakan Salleh Said Keruak ini.

Di mana logiknya rakyat perlu bersyukur dengan kepimpinan Najib Razak?

Tiada istimewa langsung sebenarnya Najib menjadi Perdana Menteri kepada rakyat Malaysia sejak 2009 yang lalu.

Apakah dibebankan dengan cukai GST, ditarik subsidi, dibeban dengan kenaikan harga minyak dan kos sara hidup membuatkan kita harus bersyukur dengan kepimpinannya?

Apakah juga dengan Najib memalukan nama Malaysia ke seluruh dunia melalui skandal 1MDB dan kemewahan keluarganya masih membuatkan kita harus bersyukur beliau menjadi memimpin kita?

Apakah memiliki hutang yang paling tinggi dalam sejarah negara dan dalam masa yang sama banyak aset dan tanah tergadai kepada China melayakkan kita bersyukur sama?

Bersyukur atau kena cukur?

Hakikatnya, selain Najib sendiri, hanya Jho Low, Rosmah Mansor, Riza Aziz dan menteri-menteri serta pendedak saja yang betul-betul layak bersyukur dengan adanya Najib menjadi Perdana Menteri.

Hanya mereka saja yang dapat nikmat tak terhingga sejak Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia ini.

Selebihnya, rakyat tak habis-habis kena cukur dan dijadikan mangsa. – ShahbudinHusin

*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Artikel adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaStyloNews.

KLIK BACA: Negara hancur jika Najib kekal PM – Tun Mahathir

KLIK BACA: Najib mewarisi kesabaran Pak Lah dan gaya karismatik Anwar, dakwa Annuar Musa

KLIK BACA: Najib contohi akhlak Rasulullah lebih penting dari masuk makam

KLIK BACA: Najib sebar ‘berita palsu’ tentang 1MDB, kata Tony Pua

KLIK VIDEO: Kadir Jasin dukacita berusaha tumbangkan Najib kerana…

KLIK BACA: Dr Mahathir: Orang muda fikir Najib ‘standard’ sebab tak pernah hidup di bawah pemerintahan saya

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share