Rafidah Aziz menyifatkan ttindakan menyoal siasat Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang disifatkannya sebagai sangat terdesak. – Foto Facebook

Bekas menteri Umno Tan Sri Rafidah Aziz berkata siasatan pihak berkuasa ke atas isteri bekas perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menunjukkan pemimpin negara kini tidak lagi berwibawa untuk mentadbir.

Katanya, siasatan berkenaan juga menunjukkan betapa pihak berkuasa sangat terdesak sehingga sanggup menutup mulut tokoh seperti Dr Siti Hasmah.

Walhal, Dr Siti Hasmah hanya menggunakan hak untuk bersuara mengenai ketidakadilan pada golongan wanita dan bukannya terlibat dengan skandal seperti dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Rafidah.

“Beliau tidak melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang diklasifikasi oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sebagai kleptokrasi. Tapi beliau disiasat.

“Pihak yang berkuasa ini mahu jadi hina sehingga tahap mana lagi?

Jelas sekali, sebilangan daripada mereka sudah kehilangan wibawa moral dan etika untuk mentadbir,” kata bekas ketua Wanita Umno itu lapor The Malaysian Insight.

Rafidah kesal kerana Dr Siti Hasmah menjadi sasaran siasatan sedangkan tiada tindakan dibuat ke atas kes tertentu yang melibatkan dana berbilion ringgit.

“Malah tindakan yang sangat diragui melibatkan berbilion dan jutaan ringgit melibatkan orang tertentu diabai sama sekali. Kes ditutup. Tiada tindakan lanjut.

“Adakah kita menjadi negara diktator?

“Gambar ini merumuskan sikap tidak cakna, kasar dan tidak berhati perut oleh golongan yang berkuasa,” tulisnya dalam status bersama gambar yang menunjukkan polis merakam kenyataan Dr Siti Hasmah.

Polis merakam kenyataan Dr Siti Hasmah semalam dalam perhimpunan menuntut politik bersih di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada 10 September tahun lalu dalam perarakan yang diberi nama Wanita Bantah Politik Toksik.

KLIK VIDEO: Jamal umpamakan Tun Mahathir Iblis kini jatuh sakit

KLIK BACA: Tengku Razaleigh: Tidak patut pihak berkuasa ‘sasar’ Siti Hasmah kenapa tak tahan saja Mahathir?

KLIK BACA: Penyokong Zahid juga boleh lakukan undi rosak jika mahu beliau jadi PM

KLIK BACA: “Disoal siasat bukan Siti Hasmah beli barang kemas guna duit pembayar cukai” – Syed Saddiq

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan saya yang memburukkan, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Bergambar depan Kaabah tapi rasuah ‘tahap gaban’, kata Mukhriz

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share