Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpeluang menjadi Perdana Menteri selepas PRU14. – Foto ihsan FMT

oleh Shahbudin Husin

Berikutan tulisan berkenaan ‘undi rosak atau protes PRU14′ yang disiarkan sebelum ini, seorang pemimpin UMNO yang tidak mahu disebut namanya menyarankan penyokong Timbalan Perdana Menteri agar beramai-ramai melakukan perkara yang sama.

Kata pemimpin berkenaan, berdasarkan keadaan biasa, peluang Zahid Hamidi untuk menjadi Perdana Menteri boleh dikira tipis atau tertutup sama sekali.

Menurut beliau, sekiranya BN menang lagi dalam PRU 14 ini, terutama jika keputusannya lebih baik berbanding PRU 2013, Najib sudah tentu akan berkuasa lebih lama serta mempunyai lebih masa untuk mencaturkan kedudukan sepupunya, Hishammuddin Hussein sebagai penggantinya.

Manakala jika BN kalah pula, tambahnya, Zahid Hamidi akan terlepas terus peluang untuk menduduki Seri Perdana serta terpaksa bersara dalam keadaan terhina bersama-sama dengan Najib yang menjadi punca utama kekalahan itu.

Dalam keadaan tidak menentu ini, kata pemimpin UMNO itu lagi, penyokong Zahid Hamidi harus bijak memikirkan masa depan “boss” mereka berbanding semata-mata akur memastikan kekalnya kedudukan Najib.

Katanya, dengan penyokong Zahid Hamid secara beramai-ramai melakukan undi rosak atau protes dengan cara tidak mengundi BN, ada kemungkinan BN tidak menang dengan cemerlang atau keputusannya lebih buruk berbanding pilihanraya 2013 yang lalu.

Dengan yang demikian, tegas beliau, oleh kerana sudah dua kali UMNO dan BN dibawah pimpinan Najib mencapai keputusan yang buruk iaitu dalam PRU 2013 dan PRU 14 nanti, penyokong Zahid Hamidi boleh menggerakkan kebangkitan mendesak agar Perdana Menteri berundur dan melakukan peralihan kuasa kepada timbalannya dalam pemilihan UMNO pada hujung tahun ini.

Inilah satu-satunya peluang yang ada jika Zahid Hamidi mahu menjadi Perdana Menteri, ujar beliau dengan bersungguh-sungguh.

Jelas beliau lagi, melakukan undi rosak atau undi protes adalah juga lebih baik serta tidak salah bagi ahli UMNO atau penyokong Zahid Hamidi dalam keadaan mereka mungkin tidak tergamak untuk memberi undi kepada calon-calon Pakatan Harapan.

Mereka tidak harus melepaskan peluang terbuka ini, kecuali Zahid Hamidi tiada cita-cita untuk jadi Perdana Menteri, ujar beliau.

*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Rencana adalah pendapat peribadi beliau yang tidak semestinya mewakili pendirian MalaysiaStyloNews.

KLIK BACA: Rafidah marah Siti Hasmah disiasat, bidas sampai tahap mana negara mahu dihina

KLIK BACA: Tengku Razaleigh: Tidak patut pihak berkuasa ‘sasar’ Siti Hasmah kenapa tak tahan saja Mahathir?

KLIK BACA: “Disoal siasat bukan Siti Hasmah beli barang kemas guna duit pembayar cukai” – Syed Saddiq

KLIK BACA:  Polis yang menyoal Siti Hasmah ‘tersipu malu’, kata peguam

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan saya yang memburukkan, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Bergambar depan Kaabah tapi rasuah ‘tahap gaban’, kata Mukhriz

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share