Beijing: Seorang lelaki berjalan 40 kilometer dalam cuaca sejuk dan meredah salji tebal untuk pulang ke kampung sempena sambutan Tahun Baru Cina kerana mahu menjimatkan wang supaya dapat membeli hadiah untuk isterinya.

Imagine China melaporkan, Zhao Fangzi, 60, berjalan dari stesen kereta api Luoyang ke Mengjin, wilayah Henan, pada pagi Khamis selepas tiba dari Shanghai.

“Jika menunggu bas saya perlu menyewa bilik hotel pula. Teksi pun mahal. Baiklah berjalan saja.

“Saya buruh binaan dengan gaji 2,000 yuan (RM1,200) sebulan sejak setahun lalu, tetapi majikan masih berhutang saya 10,000 yuan (RM6,100).

“Saya kecewa tidak dibayar gaji penuh sebelum perayaan ini, tetapi dia berjanji melunaskannya selepas saya kembali bekerja,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak akan pulang kerana sudah tidak mampu bekerja disebabkan usianya.

Disebabkan itu, dia turut membawa semua barangan miliknya termasuk tilam nipis, kipas elektrik dan bantal.

“Sebenarnya tidak sejuk sangat. Selagi berjalan, badan terasa panas,” katanya.

Kisahnya mendapat perhatian pengguna Internet yang menyuarakan kekaguman dengan kegigihannya.

“Manisnya, dia sanggup berjalan 40 kilometer demi membeli baju untuk isterinya!” kata seorang pengguna Internet. – Agensi

KLIK BACA: “Disoal siasat bukan Siti Hasmah beli barang kemas guna duit pembayar cukai” – Syed Saddiq

KLIK BACA:  Polis yang menyoal Siti Hasmah ‘tersipu malu’, kata peguam

KLIK BACA: Penjelasan mudah Dr Mahathir sindir umpama Proton-Rolls Royce kalau tak faham memang bangang

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan saya yang memburukkan, kata Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE