Endang membantah perkahwinan anak lelakinya menyebabkan akad nikah Aditya Bagus Febriyantono dengan Ratri Listyorini terpaksa diadakan di balai polis. – Foto Kompas/Tribun News

SOLO: Sepasang pengantin melangsungkan pernikahan mereka di Balai Polis Laweyan, Solo, Jawa Tengah, hari ini, selepas majlis pernikahan yang sepatutnya diadakan di sebuah restoran terpaksa dibatalkan akibat bantahan keluarga pengantin lelaki.

Aditya Bagus Febriyantono , 27, dari Jebres, dan Ratri Listyorini, 30, dari Laweyan diakad nikah di balai polis berkenaan dengan Ketua Polis Laweyan sebagai saksi.

Pernikahan mereka sepatutnya diadakan di sebuah restoran pada 9 pagi namun majlis itu kecoh apabila ibu bapa pengantin lelaki, Sumarso dan Endang, datang ‘menyerang’ menuntut pernikahan dibatalkan.

Endang yang marah-marah berkata: “Dari awal sudah tidak setuju, kenapa tetap dilakukan, ini tidak boleh terlaksana, tidak boleh terlaksana!

“Saya tidak mau ya tidak mau, dari pertama sudah tidak setuju ya tidak setuju.”

Malah, Endang turut menyumpah anak lelakinya dan pasangannya selepas mereka bertegas melangsungkan pernikahan.

Berikutan kekecohan itu, polis dipanggil dan memutuskan rundingan diadakan di balai polis diselia Ketua Polis Laweyan, Santoso, serta dihadiri keluarga pengantin lelaki dan perempuan, Ketua Pejabat Agama Laweyan serta wakil pengantin lelaki.

Rundingan itu bagaimanapun gagal dan pengantin bertegas mahu pernikahan dilangsungkan.

Endang kemudian kedengaran menyumpah anaknya: “Sampai kamu nekad, ibu sumpahin kamu, dengar ya, jika nanti isterimu melahirkan, kalau tidak mati sama anakmu, ya anakmu nanti yang cacat kalau selamat.

“Dengar, ini sumpah ibumu yang melahirkanmu, yang membesarkanmu dan menyekolahkanmu.”

Difahamkan Endang membantah pernikahan itu kerana tidak sukakan Ratri sebagai menantunya.

Wanita itu mendakwa anaknya tidak lagi pulang ke rumah selepas menjalin hubungan dengan Ratri, janda beranak dua. – myMetro | Kompas |TribuneNews

KLIK BACA: “Disoal siasat bukan Siti Hasmah beli barang kemas guna duit pembayar cukai” – Syed Saddiq

KLIK BACA:  Polis yang menyoal Siti Hasmah ‘tersipu malu’, kata peguam

KLIK BACA: Penjelasan mudah Dr Mahathir sindir umpama Proton-Rolls Royce kalau tak faham memang bangang

KLIK BACA: Saya tolong orang Melayu, bukan saya yang memburukkan, kata Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE