Seorang kru syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd (AirAsia) meninggal dunia ketika bertugas dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Bandung, Indonesia hari ini.

Berikutan itu, penerbangan AK416 itu dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di Johor.

AirAsia dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat AK416 dari Kuala Lumpur ke Bandung itu dilencongkan ke Senai kerana kes kecemasan perubatan.

Katanya, kru penerbangan rakyat Indonesia itu diberikan rawatan kecemasan apabila pesawat mendarat, namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor di lapangan terbang terbabit.

“AirAsia bersedih dengan kehilangan itu dan menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa. Kami akan memberikan segala bantuan yang diperlukan keluarga mangsa dalam menghadapi dugaan ini,” katanya.

Pesawat AK416 kemudiannya berlepas dari Senai jam 9 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Husein Sastranegara , Indonesia pada jam 10.11 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar, ketika dihubungi mengesahkan AirAsia telah membuat laporan mengenai kejadian itu.

Katanya, mangsa adalah lelaki Indonesia berusia 46 tahun, namun butiran lanjut mengenai lelaki berkenaan tidak didedahkan dan kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

KLIK BACA: Dr Mahathir PM semula taubat paling baik betulkan kesalahan, kata Mufti Pulau Pinang

KLIK BACA: Lawak PH sama seperti BN umpama Coca-Cola dan Pepsi – Salleh Keruak

KLIK BACA: Pengakuan Najib 1MDB gagal lakonan pilihan raya atau pengakuan jujur? petanda kambing hitam akan dimangsakan?

KLIK BACA: Pemimpin Umno-Pas hidup mewah, penyokong hidup kesempitan – A Kadir Jasin

KLIK BACA: Pelik Bank Negara beli tanah 2 bilion cetak wang baru 2 bilion – Datuk A Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE