Menara Exhange 106, sebahagian daripada Tun Razak Exchange, salah satu projek pembangunan kebanggaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengambil alih kedudukan bangunan paling tinggi di Malaysia.

Dijangka siap pada pertengahan tahun ini, menara setinggi 492 meter itu mengatasi Menara Berkembar KLCC Petronas yang berketinggian 452 meter, sebuah warisan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Exchange 106 akan siap pada suku kedua tahun ini yang akan disusuli dengan acara pembukaan besar-besaran pada suku ketiga tahun 2018, lapor BHOnline.

Menara 106 tingkat itu dimajukan firma Mulia Group dari Indonesia yang melibatkan China State Construction Engineering Corporation sebagai kontraktor utama bangunan itu.

Walaupun komponen lain kawasan pembangunan Tun Razak Exchange menghadapi masalah kerana perkara berkaitan 1MDB, menara Exchange 106 menggunakan teknologi import dari China yang membolehkan menara itu dibina pada kepantasan satu tingkat selama tiga hari.

Malaysiakini melaporkan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Mei 2016 berkata pihak bank berat hati untuk menyediakan dana kepada rakan usahasama dalam TRX kerana perkara berkaitan 1MDB.

TRX kemudiannya dipindahkan ke Kementerian Kewangan.

Kementerian Kewangan dilaporkan membuat perolehan sebanyak 51 peratus pegangan dalam bangunan Exchange 106.

Syarikat 1MDB dimiliki Kementerian Kewangan sebelum ini menjual 3.42 ekar tanah yang kemudiannya menara Exchange 106 dibina oleh Mulia Group.

KLIK BACA: Giliran Dr Mahathir soal ulama berkenaan hukum halal haram duit curi, haji, politik

KLIK BACA: Pelik Bank Negara beli tanah 2 bilion cetak wang baru 2 bilion – Datuk A Kadir Jasin

KLIK BACA: Biar Malaysia cipta rekod tumbangnya seorang kleptokrat kepada lelaki berusia 93 tahun

KLIK BACA: Kalau tukar PM Hadi Awang negara boleh jadi lebih baik tak Tuan Ibrahim?

KLIK BACA: Dr Mahathir, anak Najib diseru nasihat bapa sendiri etika hidup Tun Razak

KLIK BACA: Doa Najib di Mekah tanah Felda dapat semula, kata Shahrir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share