Tun Dr Mahathir Mohamad melaksanakan polisi pemberian subsidi sekali gus mengurangkan bebanan kepada rakyat berbanding politik kerajaan Umn-BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

oleh Arif Atan

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berkata, Malaysia di bawah pemerintahan Datuk Seri Mohd Najib Razak telah menarik banyak subsidi kepada rakyat serta pada masa sama mengenakan cukai enam peratus GST.

“Dulu wang dibelanjakan untuk rakyat. Sebab zaman Tun Mahathir dulu, kerajaan memberikan subsidi bukan macam sekarang.

“Sedangkan dia (Najib) setiap tahun perah poket kita sebanyak RM42 bilion (kutipan GST). Duit GST yang diambil dari poket rakyat sebanyak RM42 juta.

“Subsidi minyak yang kita tuntut tidak dapat dipenuhi. Apabila minyak mahal, harga barang pun jadi mahal dan hidup rakyat susah. Ikan kembung pun sekarang sudah mahal,” katanya ketika berceramah di Felda Jelai 4, Gemas, kelmarin.

Sehubungan itu, tegasnya, tiada sebab yang wajar untuk melihat Malaysia terus diterajui Najib jika tidak mahu hasil negara terus dirompak dan isteri Najib hidup bermewah-mewahan.

“Subsidi minyak masak, beras, gula dipotong. Kalau semua subsidi sudah dipotong, apa guna lagi kita lantik Najib tadbir negara.

“Dulu Tun ambil duit rakyat, dia bagi subsidi, biasiswa pendidikan. Hari ini Najib ambil duit rakyat, dia bagi pada semua orang tahu.”

“Isteri MO1 ini dia belanja beli barang kemas, beg tangan, baju hampir RM24juta. Baru-baru ini didedahkan dia beli rantai berlian RM120 juta. Isteri MO1 tidak nafi. Dia juga tidak saman walaupun Pakatan Harapan sudah banyak sebut,” tegas peguam berkenaan dalam program anjuran AMANAH Tampin itu.

Faiz berkata, gabungan AMANAH, PPBM, PKR dan DAP melalui muafakat Pakatan Harapan berusaha untuk memastikan kehidupan rakyat pada masa depan menjadi lebih baik.

“Saya sebagai anak bekas Presiden Pas dan ketua pembangkang di Parlimen tidak fikir Tun masih mahukan kuasa. Dia sudah 22 tahun berkuasa tapi bangkit disebabkan tidak tahan dengan MO1 dan isterinya.

“Dia (Mahathir) keluar tubuh parti bukan tubuh NGO dengan menyertai Pakatan Harapan nak lawan Umno-BN.

“Sebab itu, kita percaya keikhlasan Tun untuk menggerakkan kuasa rakyat untuk tumbangkan Umno pada PRU akan datang,” ujarnya lagi. – Sumber ihsan MalaysiaDateline

KLIK BACA: Mahathir calon PM gembirakan pelabur asing – ringit naik, kata bekas Timbalan Pengarah Bank Negara

KLIK BACA: Doa Najib di Mekah tanah Felda dapat semula, kata Shahrir

KLIK BACA: Kalau mereka jual tanah Felda itu kepada pihak ketiga, habislah tanah kita, kata Shahrir

KLIK BACA: Abdul Razak hebat, isterinya Rahah wanita yang gagah, kata Dr Siti Hasmah

KLIK BACA: Lulusan universiti jual nasi lemak sebab kerajaan gagal memalukan Malaysia, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share