Datuk Seri Najib Razak, hari ini berpeluang memasuki Kaabah ketika menunaikan umrah di Makkah.

“Allahuakbar, rasa cukup terharu dan bersyukur diberi berpeluang memasuki Kaabah, melihat rumah Allah. Syukur Alhamdulillah,” kata Perdana Menteri menerusi entri di laman sosial rasminya hari ini lapor BHOnline.

Najib turut mengucapkan syukur kerana dapat mengerjakan tawaf bersama keluarganya termasuk isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan ibu, Tun Rahah Mohammad Noah.

“Syukur Allah kurniakan rahmat kesihatan dapat tawaf bersama bonda dan keluarga. Alhamdulillah,” katanya.

Perdana Menteri dan rombongan mengerjakan umrah sempena lawatan kerja ke Arab Saudi sejak 8 Januari lalu, atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Semalam, menerusi kenyataan di Facebook rasminya, Najib berkata Raja Salman memberi kebenaran kepada beliau dan keluarga untuk memasuki makam Rasulullah dan melawat Raudhah selepas solat Isyak di Masjid Nabawi di Madinah.

KLIK BACA: Anwar dibebaskan, ‘Raja Kembali…’

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

KLIK BACAKerajaan Najib, Shafee diarah jawab ‘bayaran RM9.5 juta’ kes Anwar oleh Mahkamah Tinggi

KLIK BACA: Mana mungkin pembunuh jadi PM, kata balu Ibrahim Libya Memali ulas pencalonan Tun M

KLIK BACA: Felda Hilang Tanah Disonglap Tidak Menghairankan – A Kadir Jasin

KLIK BACA: PRU14 sebelum Anwar bebas kalau tak ‘masalah’, kata Prof Redzuan Othman

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share