Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal dibebaskan daripada penjara pada 8 Jun ini, disambut dengan penuh gembira dan meriah oleh para penyokong beliau lapor Sinar Online.

Media sosial mula dibanjiri dengan komentar daripada penyokong Anwar yang menzahirkan rasa syukur mengenai perkhabaran itu.

“Alhamdulillah, akhirnya,” getus Shahirah Md Nor·

Sementara itu, menurut Siti Athirah pula menyatakan, “King is back,”. (Raja sudah kembali).

Sebelum ini, Presiden Pakatan Harapan yang juga merupakan isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Anwar bakal dibebaskan pada Jun ini.

Katanya, sekiranya tiada apa-apa masalah Anwar akan dibebaskan pada 11 Jun ini.

Sementara itu, Jabatan Penjara pula mengesahkan Anwar boleh dibebaskan dua hari awal daripada tarikh pembebasannya iaitu pada 10 Jun 2018.

Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, pada 10 Februari 2015 Mahkamah Persekutuan Putrajaya telah mengekalkan sabitan bersalah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara mulai 10 Februari 2015.

Dalam pada itu, menurut Edy Zaini pula menyatakan dia tidak menyangka pengakhiran politik Anwar sebegini.

“Baguslah Anwar keluar penjara, kesian kat dia separuh usia keluar masuk penjara, tak sangka pengakhiran karier politik beliau bersama orang yang pernah penjarakan dia,” katanya.

Sementara itu menurut, Mohd Adilshukri kemunculan semula Anwar dalam persada politik negara, bakal memberi nafas baharu.

“Gabungan yang mantap Tun M dan Anwar ibrahim, tak sabar rasa nak tegok muka BN nanti,” katanya.

Dan menurut Faridun Kassim pula, “Alhamdulillah,lagi cepat dia keluar lagi bagus.

KLIK BACA: Bergambar depan Kaabah tapi rasuah ‘tahap gaban’, kata Mukhriz

KLIK BACA: Apakah kita nak negara ditadbir suami isteri Anwar dan Azizah?, soal Shamsul Anuar Nasarah 

KLIK BACA: Selepas Dr Mahathir jadi PM mustahil wujud kerajaan suami isteri Anwar dan Dr Wan Azizah

KLIK BACA: Beri rasuah untuk jaga silaturrahim ‘kepala bapak dia’, kecam Mat Sabu

KLIK BACA: Najib pulangkan derma ribuan JUTA kepada siapa sebenarnya?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share