Farid Kamil mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara. – Foto Kosmo!

Kuala Lumpur, 12 Jan – Pelakon Datuk Farid Kamil ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan berhubung kes mengamuk dan menyerang seorang anggota polis serta dua orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara di sini pada Khamis.

Majistret Zakir Asyraf Zubir membenarkan permohonan itu dan memerintahkan Farid, 37, direman selama empat hari bermula Jumaat hingga Isnin.

Menurut laporan mStar, beliau yang hadir ke mahkamah kira-kira pukul 10 pagi menaiki kenderaan polis kelihatan tidak terurus dengan pakaian lokap berwarna ungu.

Turut hadir di mahkamah adalah adik yang juga pengurus Farid iaitu Fadzil Zahari. Difahamkan, isteri Farid iaitu Diana Danielle tidak dapat hadir bersama disebabkan sedang menjalani penggambaraan.

Khamis lalu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, Farid hadir ke balai polis tersebut bersama seorang rakan untuk membuat laporan berhubung kes kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai tujuan laporan ingin dibuat, Farid menunjukkan mesej aplikasi Whatsapp berbunyi ‘300 artis hutang ah long’ dan beliau tiba-tiba bertukar berang sebelum menampar anggota polis berkenaan.

Ujian saringan air kencing juga mendapati Farid positif dadah jenis ganja.

KLIK BACA: Datuk Farid Kamil pukul polis disahkan positif dadah 

KLIK BACA: Mana mungkin pembunuh jadi PM, kata balu Ibrahim Libya Memali ulas pencalonan Tun M

KLIK BACA: PRU14 sebelum Anwar bebas kalau tak ‘masalah’, kata Prof Redzuan Othman

KLIK VIDEOPenjelasan Dr Mahathir sejak Najib jadi PM kos sara hidup meningkat

KLIK BACA: Tun M gesa Najib henti guna penasihat asing kos berbilion, tak percaya bakat tempatan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share