Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi menziarah Makam Nabi Muhammad SAW pada Selasa sempena lawatan kerja lima harinya ke negara itu.

“Alhamdulillah, semalam saya dan keluarga telah melawat Raudhah dan Makam Nabi Muhammad selepas Solat Isya’ di Masjid Nabawi (di Madinah).

“Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud, telah memberi kebenaran untuk saya dan keluarga termasuk Bonda (Tun Rahah Mohammad Noah) memasuki makam Rasulullah.

“Kami bersyukur dapat memasuki makam Nabi Muhammad dan diberi penghormatan berbuat demikian kerana ia hanya diberikan kepada tetamu-tetamu istimewa Kerajaan Arab Saudi sahaja, dan tidak ramai mendapat peluang tersebut,” katanya menerusi akaun Facebook @najibrazak hari ini.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi bermula semalam hingga 12 Januari ini adalah atas jemputan Raja Arab Saudi. – Bernama

KLIK BACA: PRU14 sebelum Anwar bebas kalau tak ‘masalah’, kata Prof Redzuan Othman

KLIK VIDEOPenjelasan Dr Mahathir sejak Najib jadi PM kos sara hidup meningkat

KLIK BACA: Tun M gesa Najib henti guna penasihat asing kos berbilion, tak percaya bakat tempatan

KLIK VIDEO: Tangkap rampas harta, kerajaan Pakatan Harapan tidak guna cara balas dendam, kata Dr Mahathir

KLIK BACABekas tentera akui terhina polisi kerajaan Umno-BN

KLIK BACA: Felda Hilang Tanah Disonglap Tidak Menghairankan – A Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE