Kebanyakan generasi kedua ditemui di Felda Sungai Sayong, Kota Tinggi berkata bersedia memilih PH pada PRU14. – Foto oleh Nazir Sufari

oleh Ikhwan Zulkaflee

KEBANYAKAN generasi kedua Felda bersedia memilih Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas melihat sendiri kelemahan tadbir urus agensi tersebut yang akhirnya menekan hidup mereka sekeluarga.

“Kita kena buat perubahan kerana banyak sangat skandal yang terbongkar dan terbukti adanya kelemahan. Kami mahu perubahan. Kami nak pangkah yang lain (selain BN).

“Sudah terlampau lama ibu bapa kami terbeban dengan kelemahan yang datang dari Felda sendiri,” kata Jamaliah Musa ketika ditemui The Malaysian Insight.

Jamaliah, 50, antara kira-kira 300 orang yang hadir pada Majlis Pelancaran Jelajah Selamatkan Felda anjuran Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak) di Felda Sungai Sayong, Kota Tinggi semalam.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan menyampaikan ceramah berkenaan isu semasa membabitkan Felda termasuk Presiden Amanah Mohamad Sabu, Pengerusi PKR Johor Hassan Karim dan Presiden Anak Mazlan Aliman.

Terdapat 54 kawasan Parlimen yang mengandungi tanah rancangan Felda dalam negara.

Felda ditubuhkan pada 1956 dan pada masa ini ada keluarga dari tanah rancangan Felda yang memasuki generasi keempat.

Generasi pertama Felda merupakan peneroka asal yang menerima 10 ekar tanah dari agensi tersebut untuk penanaman pokok getah atau kelapa sawit. Dianggarkan generasi pertama ini membentuk 30 hingga 40% pengundi di kawasan Felda.

Generasi kedua pula merupakan anak-anak peneroka asal yang membentuk antara 50 hingga 60% daripada keseluruhan pengundi di Felda.

Hasnah Mahmud, 40-an, seorang lagi generasi kedua Felda berkata dia sudah tidak sabar menunggu PRU14 untuk membantu membuat perubahan dalam negara.

“Saya rasa sungguh bersemangat hadapi pilihan raya akan datang ini. Insya-Allah saya dah bersedia membuat perubahan,” katanya.

Katanya, walaupun mengikuti beberapa aktiviti Gerakan Persatuan Wanita Felda (GPW) iaitu kumpulan sokongan yang memastikan sokongan wanita Felda kepada BN, dia bagaimanapun sudah membuat keputusan untuk tidak memberikan undi kepada kerajaan pemerintah.

“GPW masih jadi halangan terutamanya kepada golongan wanita generasi pertama. Mereka cuba menarik sokongan wanita muda supaya menyokong BN tetapi saya dah buat keputusan.”

Muhammad Khairul Omar berkata dia sudah meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu kerana kecewa dengan kegagalan Felda menguruskan tanah ladang milik peneroka serta lambakan hutang ditanggung oleh generasi ibu bapanya.

“Program malam ini memang mantap dengan ceramah pemimpin seperti Mazlan, tetapi untuk tembus Felda ini memang sukar, macam Mat Sabu (Mohamad) cakap tadi, penduduk Felda ini memang keras kepala.

“Tetapi kali ini saya yakin, tiada pilihan lain lagi dah. Sudah tiada tempat untuk Umno dalam Felda dan di kalangan peneroka,” katanya yang merupakan generasi kedua Felda Penggeli Timur, Kota Tinggi.

Namun, terdapat juga generasi kedua Felda yang masih meragui tahap sokongan penduduk di tanah rancangan Felda kepada PH.

“Sokongan malam ini bagus tapi saya risau penerimaan pembangkang dalam kalangan peneroka masih di tahap lama. Jadi saya harap perjuangan ini tak sia-sia.

“Program ini sangat bagus…sangat jelas masalah yang timbul dalam Felda ini, cuma kita harapkan penerimaan warga Felda dapat ditingkatkan berbanding sebelum ini,” kata Mohd Nizam Mohd Noor yang juga dari Felda Penggeli Timur.

Nizam, 40-an, bagaimanapun berkata beliau dan rakan yang lain sudah mula berubah dan lebih terbuka menerima pembangkang sejak PRU13. – Sumber ihsan TMI

KLIK BACAAzmin Perdana Menteri jangan lebih-lebih tonjolkan – pastikan menang di Selangor dulu

KLIK BACA: Tun Mahathir belum jadi PM Umno sudah kelam-kabut

KLIK VIDEO: Mazlan Aliman dedah habis skandal Felda depan peneroka

KLIK BACA: Kenapa Tun Mahathir dipilih PM Pakatan Harapan, ini sebabnya…

KLIK VIDEO: Saya percaya Hadi sedang menangis kerana kesan AMANAT – Dr Hasan Ali

KLIK BACA: RCI 1MDB tak perlu apa salahnya sayang isteri, sindir Tun Mahathir 

KLIK BACA: 1MDB doa rakyat teraniaya akhirnya dimakbul Allah – Datuk Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share