Kuala Lumpur, 8 Jan – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak umumkan menerusi Tiwitternya seramai 1.6 juta penjawat awam dan 775,000 pesara kerajaan akan menerima bonus seperti diumumkan pada Bajet 2018 pada Isnin.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, ia membabitkan bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara.

“InsyaAllah, bayaran khas pertama sebanyak RM1,000 bagi penjawat awam dan RM500 bagi pesara seperti yang saya umumkan dalam #Bajet2018 akan dibayar pada 8 Januari,” katanya dipetik mStar.

Najib mengumumkan berita gembira itu pada Bajet 2018, bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, 27 Oktober lalu.

Ketika membentangkan Bajet 2018, Najib turut mengumumkan bayaran khas RM1,500 kepada semua penjawat awam iaitu RM1,000 akan dibayar pada awal Januari 2018 dan RM500 menjelang Aidilfitri.

KLIK BACA: Kenapa Tun Mahathir dipilih PM Pakatan Harapan, ini sebabnya…

KLIK BACA: Sudah tiada tempat lagi untuk Umno di Felda, kata peneroka generasi kedua

KLIK VIDEO: Saya percaya Hadi sedang menangis kerana kesan AMANAT – Dr Hasan Ali

KLIK BACA: Dr Mahathir: Akta MKN beri Najib kuasa lebih dari Agong

KLIK BACA: RCI 1MDB tak perlu apa salahnya sayang isteri, sindir Tun Mahathir 

KLIK BACA: 1MDB doa rakyat teraniaya akhirnya dimakbul Allah – Datuk Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share