Ada sebab tulis kalimah Allah, nak mengata kaji dulu guna otak – Iqram Dinzly

378

Iqram berkata pada mereka yang menuduh bukan-bukan patut mengkaji dan berfikir dahulu sebelum bercakap. – Foto MyMetro

Ipoh, 4 Jan – Pelakon, Iqram Dinzly, 36, akui ada sebab mengapa dia menulis kalimah Allah pada dahinya yang tular sejak semalam.

Beliau yang dikenali sebagai DR. Princhiqy Dinzly, tindakannya itu tidak membawa sebarang maksud melainkan untuk berkongsi bahawa tubuh manusia ini milik Allah.

Menurutnya, mereka yang menuduh atau mengata bukan-bukan patut mengkaji dan berfikir dahulu sebelum bercakap.

“Apa yang saya lakukan jauh lebih baik jika mahu dibandingkan dengan mereka yang mengenakan kostum parti bertopeng atau apa sahaja perayaan yang melanggar syariat Islam.

“Anda semua yang tuduh macam-macam belajar atau tidak? Kalau nak bercakap atau bersuara, ada baiknya kaji dahulu guna otak,” katanya.

Iqram yang ditemui di rumahnya berkata, dia dulu belajar Seni dan Persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan tidak akan persembahkan perkara yang sama dan bukan-bukan seperti mereka.

“Saya bukan nak cakap bagus, tetapi pemikiran dan otak kita berbeza. Saya diberikan pendedahan dalam seni. Jadi, tolong buang yang negatif dan paksikan yang positif baru boleh hidup dalam harmoni.

“Bagi saya, kenapa nak perlu pertikaikan kalimah Allah berkenaan. Takkan nak saya lukis tanda lain. Nanti mengata saya memuja agama lain pula,” katanya.

Kata Iqram, apa yang dipaparkan itu juga lebih kepada ekspresi seni dan tidak berkaitan dengan mana-mana pihak.

“Netizen pandai mencarut dan menghina tetapi kenapa tak boleh nak mengkaji dulu. Saya berasakan kalau mereka faham apa yang cuba disampaikan, pasti tidak ada komen yang pelik-pelik.

“Secara peribadi, suka hati saya nak buat apa pun. Sebabnya ini sebahagian ekspresi seni saya.

“Apa saja saya buat semua salah. Seolah-olah mereka saja yang betul. Saya tahu apa yang netizen inginkan. Saya tak kacau pun mereka,” katanya.

Bagaimanapun, ibu Iqram, Lailatol Akmar Mohamad Shaffie, 68, menganggap kecaman dan komen negatif netizen terhadap anaknya ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

“Saya lebih kenal anak sendiri. Mereka yang bercakap seolah-olah hidup bersama kami selama ini. Anak saya normal dan tidak ada apa yang berubah pada dirinya.

“Saya hanya tergelak baca komen orang. Saya tak terkesan pun malah jauh sekali berasa sedih. Saya tahu apa yang dia buat. Ada ketika, saya atau rakannya berada di sisinya ketika dia buat video. Jadi, saya tahu dia macam mana,” katanya.

KLIK BACA: RCI 1MDB tak perlu apa salahnya sayang isteri, sindir Tun Mahathir 

KLIK BACA: Serangan Tun Mahathir terhadap Najib, Tuan Ibrahim mimpi ke mengigau PAS pula kena serang?

KLIK BACA: UMNO kini nyata ketakutan, apa salahnya Tun Mahathir jatuhkan Najib

KLIK BACA: Mahathir jelaskan kenapa Najib cipta TN50 berbanding WAWASAN2020

KLIK BACA: Peguam mahu soal Jho Low kes saman berlian pink Rosmah

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share