Dungun, 30 Dis – Penebang pokok kritikal manakala pembantunya cedera selepas terjatuh ketika melakukan kerja menebang dahan pokok di Kilometer 68.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Simpang Tanjung Jara, Dungun hari ini.

Kejadian jam 12.15 tengah hari, Che Wan Rani Che Wan Deraman, 57, dan pembantunya, Che Wan Mohd Asri Che Wan Mustafa, 39, dikejarkan ke Hospital Dungun menggunakan ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Menurut laporan MyMetro, ketika kejadian, dua mangsa yang berada di dalam gondola skylift sedang menebang dahan pokok pada ketinggian kira-kira 12 meter.

Besi pengangkat skylift itu tiba-tiba patah dan tumbang ketika mereka asyik menebang menyebabkan dua mangsa tercampak ke atas jalan.

Kejadian itu menyebabkan Che Wan Rani parah di muka dan kepala manakala Che Wan Mohd Asri pula cedera di kepala.

Beberapa pekerja yang melihat kejadian itu bergegas membantu dua mangsa sebelum menghubungi APM bagi mendapatkan bantuan.

Sementara itu, Pegawai APM Dungun Kapten (PA) Ramlan Ros Wahib berkata, tiga anggota APM dengan sebuah ambulans bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 12.30 tengah hari dan mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

TERKINI: BN sahaja boleh selamatkan negara, parti lain jahanamkan, kata Azwan Ali

KLIK BACA: 4 Sejarah Tercipta Dr Mahathir Jadi PM Semula

KLIK BACA: Persatuan bekas pegawai kanan tentera-polis mahu penjelasan bayar hutang 1MDB dengan jual tanah kepada China

KLIK BACA: Khairuddin suruh PAS jangan campur urusan PH, tunjuk bukti ‘PM sementara’ tidak berpelembagaan

KLIK VIDEOSkandal Felda contoh kaedah curi aset kerajaan, kata Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Mahathir hairan SPRM ‘belum siasat’ sudah kata tiada salah laku kes tanah Felda

KLIK BACA: Sokong Umno sama seperti mahu Melayu kekal dimiskinkan

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE