Kuala Lumpur, 30 Dis – Pengarah Bukan Eksekutif AirAsia X Bhd, Tan Sri Tony Fernandes telah dilantik semula sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bersama syarikat perniagaan itu, berkuat kuasa 1 Jan, 2018.

Susulan lantikan itu, beliau akan menyertai Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Kamarudin Meranun untuk bersama-sama menerajui syarikat tersebut.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AirAsia X berkata Fernandes juga merupakan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd.

“Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan sepanjang kerjaya beliau dan ini termasuklah Honour of the Commander of the Order of the British Empire, yang dianugerahkan oleh Baginda Ratu Elizabeth II pada 2011, dan Commander of the Legion d’Honneur, yang dianugerahkan oleh Kerajaan Perancis,” kata syarikat itu.

Baru-baru ini, AirAsia juga mengumumkan perubahan pucuk pimpinannya yang merupakan sebahagian daripada penyusunan semula dalaman syarikat itu.

Ia termasuklah pelantikan Riad Asmat sebagai CEO berkuat kuasa 10 Jan, 2018, manakala CEO sekarang Aireen Omar dilantik sebagai Timbalan CEO Kumpulan bagi membantu mentransformasikan AirAsia menjadi sebuah syarikat global yang berlandaskan produk dan platform awan. – Bernama

KLIK BACA: Persatuan bekas pegawai kanan tentera-polis mahu penjelasan bayar hutang 1MDB dengan jual tanah kepada China

KLIK BACA: Khairuddin suruh PAS jangan campur urusan PH, tunjuk bukti ‘PM sementara’ tidak berpelembagaan

KLIK VIDEOSkandal Felda contoh kaedah curi aset kerajaan, kata Dr Mahathir

KLIK VIDEO: Mahathir hairan SPRM ‘belum siasat’ sudah kata tiada salah laku kes tanah Felda

KLIK BACA: Sokong Umno sama seperti mahu Melayu kekal dimiskinkan

KLIK BACA: Kenapa Najib tak boleh dikait tanah Felda kalau Dr Mahathir disiasat Forex?

KLIK VIDEOSaya lebih tua dari Felda, dulu tanah tak boleh nak curi

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share