Seorang lelaki yang membeli sebuah kereta BMW membuat bayaran wang pendahuluan berjumlah AS$10,704 (RM43,784) dengan menggunakan duit syiling 5 mao (5 sen) baru-baru ini di China.

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu membeli kereta tersebut yang bernilai AS$60,176 (RM245,766) pada bulan lalu di sebuah pusat pengedar kereta di Putian, wilayah Fujian dekat sini.

Pengurus jualan kereta itu, Gu, berkata, pihaknya yang pergi ke rumah klien mereka itu membawa pulang 10 kotak yang dipenuhi dengan duit syiling.

“Ini pertama kali seorang klien membuat bayaran dengan menggunakan duit syiling. Oleh itu, beberapa kakitangan kami terpaksa dikerahkan mengira semua wang tersebut yang mengambil masa selama tujuh jam.

Kesemua duit syiling 5 mao itu dipercayai disimpan sejak beberapa tahun lalu. – Agensi

KLIK BACA: 1MDB bayar hutang, lenyaplah sudah wang yang dibayar kepada syarikat Aabar palsu sebelum ini

KLIK BACA: Sangat mustahil Najib tak tahu tanah felda dipindah milik – Mahfuz

KLIK BACA: Namakan calon PM lebih awal bercanggah sunnah Rasulullah – Hadi Awang

KLIK BACA: Jangan bangga sangat menara Exchange 106 milik Indonesia berbanding KLCC

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share