Menara The Exchange 106 akan muncul bangunan tertinggi di Malaysia menewaskan menara berkembar KLCC. — Foto Axaltacs | SkyScrapperCity

KUALA LUMPUR ― Menara baru setinggi 106 tingkat menewaskan mercu tanda negara Menara Berkembar Petronas KLCC dengan ketinggian 492.3 meter.

Exchange 106, yang dibina anak syarikat Mulia Group dari Indonesia, di Tun Razak Exchange bukan hanya tertinggi di Malaysia tetapi juga di Asia Tenggara.

Bangunan pencakar langit itu setakat ini sudah mencapai ketinggian 450 meter dalam tempoh 19 bulan sejak ia mula dibina pada Mei tahun lalu.

Dibangunkan Mulia Property Development Sdn Bhd, ia dijangka siap Jun tahun depan.

“Exchange 106 menarik perhatian dalam tempoh 12 bulan lalu, menjadi penanda aras industri untuk kaedah kerja, kualiti bahan dan paling ketara kepantasan ia dibangunkan,” kata syarikat itu dalam kenyataannya.

Menara Berkembar Petronas, atau KLCC, yang siap 1996 sebelum ini menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 452 meter.

Ia pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia antara 1998 hingga 2004. Menara Taipei 101 di Taiwan kemudian menguasai rekod ini sehingga 2010.

Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu kini bangunan paling tinggi di dunia dengan ketinggian 828 meter.

KLIK BACA: Jangan bangga sangat menara Exchange 106 milik Indonesia berbanding KLCC

KLIK BACA: Sangat mustahil Najib tak tahu tanah felda dipindah milik – Mahfuz

KLIK BACA: Namakan calon PM lebih awal bercanggah sunnah Rasulullah – Hadi Awang

KLIK BACA: 1MDB bayar hutang, lenyaplah sudah wang yang dibayar kepada syarikat Aabar palsu sebelum ini

KLIK BACA: Rakyat wajib tolak Mahathir, beri PAS tadbir negara selepas PRU14, kata Ahmad Fadhli {PAS}

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE