Hadi Awang berkata tindakan mengutamakan calon perdana menteri dan pembentukan kabinet bayangan bercanggah dengan adab yang dibawa Rasulullah SAW. – Foto The Rakyat Post

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; “Maka, PAS tidak mendahulukan pembentukan kabinet atau melantik siapa bakal perdana menteri, yang bakal menjadi bangkai sahaja.

“Inilah adab yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila Ketua Kabilah Bani Amir yang ditawarkan kemenangan Islam bertanyakan siapa ketua negaranya, lantas Baginda SAW bersabda:

‘Itu urusan Allah yang menentukan dengan kehendak-Nya’,

Hadi berkata, adab Islam menyaksikan Rasulullah tidak berjuang kerana mengejar jawatan, katanya dalam satu kenyataan hari ini yang dipercayai merujuk kepada tindakan Pakatan Harapan yang akan menamakan calon perdana menteri.

Kata Abdul Hadi, Rasulullah menerima mereka yang berbaiah dan setia menunaikan baiahnya bersama Islam yang diperjuangkan dengan istiqamah dan menunggu pertolongan Allah.

Abdul Hadi dalam kenyataannya turut mempersoalkan mengapa Islam dihalang daripada kemenangan dan dijatuhkan setelah menang.

“Ini bukan kerana salah dan sesatnya, tetapi kerana dengki yang berterusan daripada musuh-musuh Islam yang sentiasa mencari alasan dan berbohong yang dicipta dan memutarbelitkan ajaran Islam sehingga dikelirukan.

“Islam adalah agama yang mampu berhujah dengan semua pihak kalau dibuka peluangnya dengan adil dan mahu mencari kebenaran dan penyelesaian.

“Biarkan kalangan yang menegakkan benang basah berbasah kuyup bersama kesesatannya,” kata Hadi lagi.

Nota Ana Ghoib: Ringkasnya menamakan calon PM itu buat masa ini hanya seperti menamakan Jeneral Perang untuk melawan kerajaan kleptokrat yang dicumbui PAS namun sering dihampakan.

Pandai pula Hadi merujuk sunnah Rasulullah tetapi dalam baiah baginda Nabi tiada mencagar isteri taklik talak 3? Siapa yang memutar belit ajaran Islam yang sudah sempurna sejak Khutbah Wida’ Nabi kalau bukan PAS sendiri?

Sebab itulah PAS dikatakan sesat oleh sesetengan orang dan cakap-cakap pemimpinnya menampakkan mereka merasa bahaya kesesatan itu apabila terasa diserang melatah bercakap kasar yang juga bukan sunnah.

FirmanNya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memandai-mandai (melakukan sesuatu perkara) sebelum (mendapat hukum atau kebenaran) Allah dan RasulNya; dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. – (Al-Hujuraat 49:1)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (Muhammad) Kitab yang menyatakan hak kepada umat manusia seluruhnya. Sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk, maka faedahnya terpulang kepada dirinya; sesiapa yang sesat, maka bahaya kesesatannya itu tertimpa dirinya sendiri; engkau (Muhammad – hanyalah penyampai) bukanlah wakil yang menguasai (keadaan dan bawaan) mereka. – (Az-Zumar 39:41)

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB – Hud’s Mimpi dan penglihatan aneh…

KLIK BACA: Demo Baitulmaqdis Umno-PAS – Mahathir desak Najib tarik ungkapan kepada Trump ‘musuh Amerika musuh Malaysia’

KLIK BACA: Hanipa Maidin persoal dan jelaskan kenapa 1MDB setuju bayar tuntutan IPIC

KLIK BACA: Kali ini Najib jangan lari saman Tun Mahathir

KLIK BACAFelda akui transaksi tanah berlaku, tapi tidak terima 1 sen pun – Shahrir Samad – Adakah Isa Samad akan dipanggil SPRM? – Shahbudin Husin

KLIK BACA: Rakyat wajib tolak Mahathir, beri PAS tadbir negara selepas PRU14, kata Ahmad Fadhli {PAS}

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share