AirAsia melantik Riad Asmat sebagai ketua pegawai eksekutif baharu menggantikan Aireen Omar yang meletak jawatan minggu lepas. – Foto F1teamLlotus

AIRASIA hari ini melantik Riad Asmat sebagai ketua pegawai eksekutif baharu menggantikan Aireen Omar yang meletak jawatan minggu lepas

Pelantikan itu diumum Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes dalam satu majlis khas hari ini lapor The Malaysian Insight.

“Sebagai wakil ahli lembaga AirAsia All Stars, kami mengalukan pelantikan Riad sebagai ketua pegawai eksekutif AirAsia Berhad.

“Riad bukan asing lagi kepada AirAsia kerana sejak dulu lagi kita sudah mengenali beliau sebagai Caterham F1 dimana ketika itu beliau adalah presiden dan melaporkan kepada Datuk Kamaruddin dan saya,” kata Tony dalam sidang media di Ibu Pejabat Air Asia, KLIA2, Sepang.

Riad sebelum ini merupakan pengarah untuk Perancangan Korporat, Strategi dan Pembangunan Perniagaan Naza Corporation Holding Sdn Bhd.

Manakala Aireen Omar pula kini dilantik sebagai timbalan ketua pegawai eksekutif mengetuai bahagian Digital, Tranformasi, Khidmat Korporat kumpulan AirAsia.

Tony berkata syarikat penerbangan tambang murah itu kini menuju ke arah era pendigitalan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sehingga kini masih belum ada lagi syarikat penerbangan Asia yang mampu menjadi pusat operasi e-dagang di Asia.

“Kita ada dua digital strategi, satu ialah pendapatan pendigitalan, tapi tidak sampai kita nak ambil Amazon dan Ali Baba.

“Tapi kita realisitik sikit. Tapi, setakat ini, belum ada siapa yang bina pusat operasi e-dagangan.”

Beliau berkata, rancangan menjadikan AirAsia sebagai syarikat penerbangan pendigitalan dapat menjimatkan kos operasi sebanyak 5% hingga 10%.

“Kita fokus pada itu, kita lihat data adalah cara terbaik untuk menjimatkan wang,” kata Tony.

KLIK BACA: Perwakilan UMNO nafi dapat jam Tissot ‘Setia Kawan PM Najib

KLIK BACA: Tajuk berita Mahathir bongkak pulang pingat, Utusan mesti minta ampun Sultan Selangor

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share