Gara-gara hubungan cinta tak direstui, dua beradik ditemui mati gantung diri

1546

Satu kejadian tragis berlaku di Koreng, Sulawesi, Indonesia apabla hubungan satu pasangan kekasih yang juga merupakan adik-beradik tiri, berlainan ibu ini tak direstui oleh kedua-dua ibu bapa mereka.

Rio yang juga abang tiri kepada adik perempuannya yang berusia 14 tahun dipercayai telah menggantungkan diri mereka akibat hubungan ‘cinta’ mereka tidak direstui.

Menurut ibu bapa mangsa, kedua-dua mereka memang rapat sejak kecil kerana pertalian darah yang dimiliki. Namun, keakraban mereka telah menjadi cinta apabila berginjak dewasa.

Tidak tahan dengan kata-kata negatif yang dilemparkan orang kampung, ibu bapa mereka bertindak melarang pemuda berusia 20 tahun itu berjumpa dengan adik tirinya itu.

Mereka beranggapan perkara tersebut dapat melupakan perasaan ‘cinta’ yang timbul. Sebaliknya lain pula yang berlaku apabila kedua-dua remaja berkenaan dijumpai mati tergantung.

Kedua-dua mayat itu telah dijumpai oleh bapa mereka pada jam 8 pagi tadi selepas mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak semalam.

Rio merupakan anak hasil perkahwinan bapanya dengan isteri pertama, manakala remaja perempuan itu merupakan anak hasil perkahwinan bapanya dengan isteri kedua selepas penceraian dengan ibu Rio.

Selepas isteri pertama bapanya meninggal dunia, Rio dilaporkan di bawah jagaan bersama antara bapa dan isteri keduanya.

Disebabkan itu juga, Rio serta adik tirinya semakin rapat. Namun, ibu bapa mereka tidak menyangka keakraban tersebut membuatkan mereka menyimpan perasaan cinta sejak setahun yang lalu. – Agensi

KLIK BACA: Panas PAU2017 – Khairy balon Tun M kaw kaw kaw…

KLIK BACA: Hadiah paling berharga Trump kepada Najib sempena PAU 2017

KLIK BACA: Kacang lupa kulit, sanggup keluarkan Dr Mahathir dari sejarah negara, bidas Fathia Latiff

KLIK BACA: Azwan Ali mahu jumpa Najib, bantu BN hadapi PRU ‘jahanamkan’ Azmin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE