Aznil soal Najib, kerajaan buka mata, telinga tak pada resah kami?

1013

Tun Dr Mahathir mengucapkan terimakasih kepada Datuk Aznil dan Datuk Shiela Majid. – Foto Twitter

Pengacara selebriti, Datuk Aznil Nawawi akan mengacarakan rancangan baru iaitu Bicara Empat Mata dengan tetamu pertama, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Datuk Aznil memuat naik gambar beliau bertemu perdana menteri di Dewan Tunku Ismail di PWTC, Kuala Lumpur dalam satu posting di Instagram miliknya dan turut berkongsi beberapa soalan yang diajukan kepada perdana menteri.

“Kenapa harga minyak banyak naik dari turun?”

“Tak payahlah ada GST ni,” tulis beliau.

“Tukaran mata wang ni buat kami lagi sukar Datuk Seri. Macam mana ni?” soalnya lagi.

Pak Nil turut bertanya soalan berkenaan Rumah Mampu Milik.

“Kos sara hidup makin tinggi ni Datuk Seri.

“Kerajaan buka mata dan telinga tak pada resah kami?” soalnya lagi.

Menurutnya, mereka yang berminat perlu menonton program baru bual bicaranya.

Manakala, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis di Twitter miliknya mengulas soalan Aznil dan pertemuan dengan perdana menteri itu.

“Terima kasih Aznil. Setiap hari saya terima rungutan yang sama dari rakyat Malaysia, dulu tidak pernah seteruk ini.

“Rakyat Malaysia dahagakan kebenaran. Saya nantikan jawapan dari @NajibRazak,” tulis Tun Mahathir.

Manakala penyanyi terkenal Sheila Majid dalam status Twitternya menulis, “Makanan semakin mahal, ringgit sudah lemah, kos sara hidup meningkat dan kerja kekurangan. Rakyat jadi penat dan marah kerana terbeban dengan hutang yang bukan milik mereka.

“Berhentilah memberi alasan dan menuding jari. Fokus untuk cari jalan penyelesaian supaya negara dapat kembalikan era kegemilangan. Mengecewakan,” luahnya yang turut dikongsi Tun Mahathir dan mengucapkan terimakasih atas keprihatinan beliau.

VIDEO: Peguam negara Donald Trump dedah aset AS$3.5 bilion berkait 1MDB dibekukan

KLIK BACA: Hadiah paling berharga Trump kepada Najib sempena PAU 2017

KLIK BACA: Pelik, Mahathir, Anwar penjawat awam tapi Najib bukan?

KLIK BACA: Akui jasa Tun Mahathir di Perhimpunan Agung Umno, kata Razak Baginda

KLIK BACA: Najib tak suka kacau orang penyabar tak macam Mahathir, kata Annuar Musa

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE