Bekas presiden Yaman dibunuh kerana sokong Arab Saudi

964
Video yang merakam mayat Ali bersama luka di kepala dan diletakkan di belakang sebuah trak pikap tersebar di laman sosial. - Foto Ethio News

Ali Abdullah Saleh mati dibunuh pemberontak Houthi kerana menyokong Arab Saudi. – Foto Ethio News

SANAA 5 Dis – Baru sahaja mengumumkan peralihan sokongan daripada puak Houthi kepada pakatan Arab Saudi, bekas presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh semalam terbunuh dalam serangan ke atas konvoinya.

Sumber pemberontak Houthi berkata pejuangnya menembak roket ke arah sebuah kenderaan berperisai yang membawa Saleh di pinggir ibu negara bergolak Sanaa, sebelum menembaknya.

Sumber dari pihak Saleh mengesahkan pemimpin itu terbunuh dalam serangan ke atas konvoinya.

Ia selang beberapa hari selepas beliau menamatkan kerjasama dengan Houthi, selepas 3 tahun bersama-sama melawan pakatan negara Teluk diketuai Riyadh yang cuba mengembalikan kerajaan Yaman sebelum ini.

Dalam ucapan menerusi televisyen, pemimpin Houthi Abdul Malik al-Houthi mengucapkan syabas kepada rakyat Yaman atas apa yang didakwanya kejayaan mereka melawan “konspirasi khianat” oleh kumpulan negara Teluk. Beliau bagaimanapun tidak menyebut pembunuhan Saleh.

Sabtu lalu, Saleh, 75, berkata beliau bersedia memulakan era baharu kerjasama dengan pakatan Arab sambil membidas puak Houthi.

Perang saudara di Yaman, ditambah dengan penglibatan Arab Saudi, kini mencetuskan krisis kemanusiaan, menyebabkan jutaan rakyatnya berdepan kelaparan dan dijangkiti pelbagai penyakit.

Saleh digulingkan pada 2012 susulan kebangkitan dunia Arab, yang menyaksikan beliau tercedera dalam cubaan membunuhnya. Ia kemudian membawa kepada perubahan politik menerusi rundingan Arab Saudi. – Reuters

TERKINI: Peguam negara Donald Trump dedah aset AS$3.5 bilion berkait 1MDB dibekukan

KLIK BACA: Pelik, Mahathir, Anwar penjawat awam tapi Najib bukan?

KLIK BACAKhalwat berlaku setiap kali Perhimpunan Agung Umno, dedah bekas Puteri Umno

KLIK BACA: Kembalinya gandingan Dr Mahathir dan Anwar paling menakutkan Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE