Persoalan tercetus samada Najib juga penjawat awam dalam kes 1MDB sama seperti Dr Mahathir dan Anwar dalam kes Forex BNM. – Foto The Malaysian Insight

oleh Shahbudin Husin

Mengikut laporan media dan berdasarkan syor RCI forex, Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim akan disiasat oleh pihak polis di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu pecah amanah melibatkan kakitangan awam.

Ia berikutan ketika urusniaga forex yang membawa kerugian itu Tun Mahathir adalah Perdana Menteri, manakala Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Jika sabit kesalahan ia boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebatan serta denda yang kadarnya akan ditentukan oleh mahkamah.

Tetapi, dalam kes saman Tun Mahathir terhadap Najib berkaitan 1MDB, mahkamah telah menolaknya dengan alasan seorang Perdana Menteri bukan penjawat awam mengikut pengertian Perlembagaan Persekutuan.

Jika dalam kes forex, Tun Mahathir dan Anwar dipersalahkan kerana kedudukan mereka sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri/Menteri Kewangan adalah penjawat awam, namun dalam isu 1MDB, Najib yang menjadi Perdana Menteri diertikan bukan penjawat awam.

Mana satu yang betul – penjawat awam atau bukan penjawat awam?

KLIK BACA: Rakyat marah terbeban hutang yang bukan mereka buat, kata Sheila Majid

TERKINI: Peguam negara Donald Trump dedah aset AS$3.5 bilion berkait 1MDB dibekukan

KLIK BACA: Hadiah paling berharga Trump kepada Najib sempena PAU 2017

KLIK BACA: Najib tak suka kacau orang penyabar tak macam Mahathir, kata Annuar Musa

DIKEMASKININajib selamat kerana 3 tokoh dikhianati, kata Dr Mahathir

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE