SEPANG – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) mengumumkan kenaikan Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) untuk destinasi antarabangsa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) daripada RM50 kepada RM73, mulai 1 Januari depan.

Mavcom dalam satu kenyataan hari ini berkata, tiada perubahan kepada kadar PSC di lapangan terbang lain di negara ini.

Ini bermakna, kadar PSC di semua lapangan terbang di seluruh negara adalah sama mulai tahun depan, iaitu RM11 untuk penerbangan domestik, RM35 (Asean) dan RM73 (destinasi antarabangsa).

“Kadar yang dipinda ini akan dikenakan hanya kepada tiket dikeluarkan pada dan selepas tarikh 1 Januari 2018.

“Tiket yang dikeluarkan sebelum tarikh ini tidak akan dikenakan kadar baharu tersebut, walaupun tarikh penerbangan dijadualkan pada atau selepas 1 Januari 2018.”

Katanya, Mavcom mendapati kadar PSC di Malaysia kekal antara terendah di seluruh dunia.

KLIK VIDEO PANAS: Tun Mahathir ucap terimakasih kagum keberanian Fathia Latiff pertahan 

KLIK BACA: Berani sungguh bekas menteri Indo cadang Tun M dikenakan sekatan sosial?

KLIK BACAAdakah Tun Mahathir akan ditangkap sebelum PRU 14? 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE