Tun Mahathir di Twitter menyatakan kekagumannya dan terimakasih atas keberanian Fathia Latiff mempertahankannya dalam isu RCI Forex.

“Saya kagum dengan keberanian @fatiyalatiff. Inshaallah, kita akan bangkit bersama untuk mengembalikan maruah negara. InsyaAllah kita akan menang akhirnya. Kita tahu apa kerajaan akan buat.”

Sebelum ini pelakon Fathia Latiff mengkritik kerajaan, berhubung laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) tentang kerugian Bank Negara dalam urus niaga tukaran wang asing (forex).

RCI itu antara lain mencadangkan agar perdana menteri ketika skandal itu berlaku, Tun Dr Mahathir Mohamad disiasat.

Selepas berpuluh-puluh tahun Tun (Mahathir) berkhidmat pada negara baru nak dakwa? Inilah dinamakan ‘bijak’?” soal Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, di Twitter.

Fathia berkata lagi, jika “ingin membuka cerita lama”, siasatan patut juga dibuat terhadap dakwaan “sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi individu tertentu”.

“Siasatan perlu dibuat dan ‘keputusannya’ didedahkan kepada umum kerana masih ada persoalan yang tidak dijawab sepenuhnya. Setuju?” soalnya.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, kenyataan itu dipercayai merujuk kepada sumbangan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Malaysia Official One [MO1].

KLIK BACA: Kembalinya gandingan Dr Mahathir dan Anwar paling menakutkan Najib

KLIK BACA: Najib tak hilang fokus diserang kerana darah Tun Razak mengalir, kata Zahid

KLIK BACA: Berani sungguh bekas menteri Indo cadang Tun M dikenakan sekatan sosial?

KLIK BACAAdakah Tun Mahathir akan ditangkap sebelum PRU 14? 

KLIK BACA: Subsidi, tol ‘udara tercemar’ alasan Najib seperti Hassan Malek?

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

KLIK BACA: Rosmah, 1MDB cuba batal saman Khairuddin tuntut pulang barang kemas Jho Low

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share