Radhi OAG dedah kerana najis dadah, duit RM500,000 hanya tinggal baki RM1.52

2097

Radhi syukur dengan perubahan dirinya yang kini bebas dadah dan mengakui amat bertuah dapat mengenali isterinya , Nur Shahira Ayu Zahiri, – Foto Instagram Radhioag

Kuala Lumpur, 1 Dis: Radhi OAG membuat pendedahan terbuka dan mengakutujuh tahun lalu mengakui dirinya sebagai ‘pelanggan’ setia najis dadah sejak berusia 15 tahun, satu perkongsian yang diharapkan dapat menjadi pengajaran kepada generasi muda supaya tidak sekali-kali mendekati dadah.

Beliau atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali, 40, mengakui usaha meninggalkan tabiat buruk itu bukan mudah sehinggakan dia kembali terjerumus beberapa kali.

“Benda yang sudah sebati dalam badan bukan mudah untuk ditinggalkan. Kalau tidak kuat memang selamanyalah hidup bergelumang dengan dadah.

“Saya beberapa kali cuba berubah. Baik sekejap lepas itu buat balik. Bila kita niat nak buat baik, akan datang kepada kita ujian yang kadang-kadang sukar untuk diterima,” katanya.

Dia masih ingat, pada malam sambutan Tahun Baru Cina sekitar tujuh lalu, badannya tiba-tiba menjadi panas ketika sedang khayal dadah dan dihantui perasaan resah, takut memikirkan masa depannya semakin gelap.

Ketika itu terbayang muka anaknya dan timbul penyesalan kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dengan baik.

“Malam itu juga saya nekad untuk meninggalkan perbuatan saya dan meminta bantuan seorang rakan, bawa saya keluar dari rumah sewa. Dalam perjalanan saya mendapat panggilan telefon daripada ‘enam jahanam’. Mereka ialah kawan-kawan lama saya. Ada yang ajak saya ‘berdengung’, ada yang kata ‘ada barang baik’ untuk saya.

“Ada juga minta saya cuba ‘barang’ baru sampai. Terdesak saya untuk menutup telefon bimbit,” katanya.

Akuinya sepanjang pembabitan dalam gejala tidak bermoral itu, banyak wang dihabiskan. Satu malam kadang-kala lebih RM1,000 dibelanjakan untuk mendapatkan beberapa peket dadah bagi dikongsi dengan rakannya.

“Bayangkan kerana najis dadah, wang simpanan saya hasil daripada lakonan dan nyanyian yang pernah dikumpul kira-kira RM500,000 lesap begitu saja. Saya terkejut pada suatu hari saya melihat penyata akaun bank dari RM500,000 hanya berbaki RM1.52,” katanya kesal.

Bagaimanapun, dia merayu supaya mereka yang terjebak di dalam kancah dadah durjana ini berusaha menjauhkan diri dengan segera daripada terbabit dengan aktiviti seperti itu.

“Jangan mudah terpedaya kalau kita ambil dadah, akan ada idea yang mencurah-curah. Itu semua adalah perangkap untuk membawa kita kepada kehancuran.

“Begitu juga kepada peminat di luar sana supaya jangan sesekali mendekati najis dadah kerana ia amat menyeksakan. Ambil pengalaman saya sebagai panduan betapa dadah ini merosakkan hidup.

“Kerana pengaruh dadah jugalah menyebabkan berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak dan pembunuhan apabila akal manusia tidak dapat dikawal,” katanya.

KLIK BACA: Umno benteng terakhir pertahankan Islam, Melayu di negara – Zahid

KLIK BACARosmah diperintah Najib wakilinya kenapa bukan TPM atau menteri lain?

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

KLIK BACA: Penjelasan LUCU JASA dibayar gaji tinggi dari menteri memang wajar, jangan marah…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share