Pemuzik anak satu mengaku kahwini Izreen Azminda

1310

Ude mengaku isteri pertamanya Intan Liana serta mempunyai dua anak. – Foto MyMetro

Kuala Lumpur, 1 Dis – Seorang lelaki merupakan pemuzik yang berkahwin dengan pelakon Izreen Azmindar, Mohd RadziAbdul Wahid atau Ude akhirnya mengaku menikahi dramatis itu selepas isterinya tampil membuat pendedahan.

Ude ketika ditemui, hari ini turut mengaku wanita yang tampil membuat pengakuan itu adalah isteri pertamanya, Intan Liana.

“Saya berkahwin dengan Intan empat tahun lalu manakala dengan Izreen pada 8 Ogos lalu,” katanya.

Beliau mempunyai dua anak bersama Intan iaitu Arish Muqri berumur 3 tahun dan seorang lagi berusia 11 bulan.

Menurut MyMetro, Ude enggan berkongsi butiran lanjut pernikahannya dengan Izreen.

“Saya akan buat majlis doa selamat minggu hadapan dan akan menjelaskannyananti,” katanya.

Beliau juga menafikan rumahtangganya dengan Intan berdepan masalah selepas menikahi Izreen.

“Sebaik saja Intan tampil memberi kenyataan siang tadi, pelbagai spekulasi timbul.

“Saya mohon supaya hentikan sebarang kenyataan dan persepsi buruk yang boleh mempengaruhi emosi kedua-dua isteri saya.

“Harap pihak luar tidak campur tangan. Intan dan Izreen adalah isteri saya. Sebagai suami, beri saya peluang untuk menguruskan sendiri isteri dan keluarga saya,” katanya.

Ude turut memohon kepada semua pihak terutama media agar tidak mengganggu privasi keluarganya.

“Sebaiknya sebagai suami, biarlah sebarang kenyataan datang dari diri saya demi menjaga keharmonian rumah tangga kami,” katanya.

Gosip mengenai perkahwinan mereka mula diperkatakan apabila Izreen meletakkan namanya sebagai ‘Mrs Ude’ dalam akaun Instagramnya baru-baru ini.

KLIK BACA: Umno benteng terakhir pertahankan Islam, Melayu di negara – Zahid

KLIK BACARosmah diperintah Najib wakilinya kenapa bukan TPM atau menteri lain?

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

KLIK BACA: Penjelasan LUCU JASA dibayar gaji tinggi dari menteri memang wajar, jangan marah…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share