Suami dedah derita Elyana selama 7 tahun hidap kanser

1854

Khairul Anuar Hussin yang merupakan suami kepada Elyana telah berkongsi bagaimana peritnya kehidupan isterinya selepas mengetahui bahawa dia menghidap kanser limfoma.

Khairul dikatakan sering memujuk dan menasihati isterinya yang tercinta supaya tidak terlampau emosi selepas mengetahui berita mengenai penyakit yang dihidapinya.

“Ajal dan maut di tangan Allah, jangan fikir tentang sakit, hiduplah seperti orang biasa,” katanya dipetik daripada Astro Gempak.

Menurutnya, di sebalik segala senyuman dan keceriaan Elyana, ada satu perasaan yang mana hanya dia sahaja yang tahu betapa luluhnya hati ibu kepada seorang cahaya mata itu ketika dikatakan menghidapi kanser limfoma tahap dua pada tahun 2012 yang lalu.

“Memang kami terkejut sebab Elyana baru sahaja melahirkan anak sulung kami namun doktor maklumkan kanser ini boleh dirawat. Tapi, bagi kami kanser tetap kanser!

“Emosi Elyana ketika itu betul-betul terjejas. Dia mahu buat comeback selepas bersalin, fikirkan tentang anak dan tambah pula ujian penyakit kanser yang tahu tiba-tiba.

“Dia rasa bercelaru sebab terlalu memikirkan perkara-perkara itu. Katanya, apa akan jadi pada Cinta Sumayyah kalau dia sudah tiada nanti?” ujarnya lagi.

Walaupun mereka masing-masing bagaikan ditimpa suatu beban yang amat berat tetapi apakan daya, sebagai suami dan ketua keluarga, Khairul perlu terus berdoa agar mereka kuat menimpa dugaan ini serta sentiasa berada di sisi Elyana.

Keadaan Elyana bertambah merosot apabila dia mula berasa emosi ketika memulakan rawatan kemoterapi.

Bagaimanapun, selepas sebanyak enam kali menjalani rawatan, mereka merasakan bahawa Elyana masih mempunyai harapan untuk pulih apabila sel kanser itu mula mengecut beliau sudah tidak berdaya lagi menanggung derita kesakitan yang dialaminya.

“Saya paksa dia buat kemoterapi sebab kelenjar itu mulai mengecut dan ada progres. Selepas enam kali membuat kemoterapi, dia sudah tiada daya. Hari-hari tertekan dan sakit.

“Setiap kali mandi apabila melihat keadaan rambut bersepah-sepah, dia tambah tertekan dan akhirnya membuat keputusan untuk memberhentikan rawatan itu.

“Kecewa memang kecewa namun saya kasihankan isteri saya. Kami ikut kata hati dan memberhentikan rawatan kemoterapi untuk memberikan ruang dan masa kepada isteri saya,” tambah Khairul.

Walaupun pada tahun ini Elyana sudah nekad untuk kembali ke dalam industri muzik dan semangatnya sudah membara-mara, ketika itu juga doktor mengesahkan bahawa kanser tersebut sudah sampai di tahap empat!

Walaupun sudah mencapai tahap terakhir, Elyana masih lagi kuat untuk melawan penyakitnya demi masa depan anaknya, iaitu Cinta Sumayyah.

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

KLIK BACA: Penjelasan LUCU JASA dibayar gaji tinggi dari menteri memang wajar, jangan marah…

KLIK BACA: Haruskah 400 ribu peminjam PTPTN yang disekat ke luar negara mengundi BN?

KLIK BACA: Pemimpin Melayu tidak takut siapapun dalam mengerjakan kemungkaran – Tan Sri Sanusi Junid

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share