Lapangan terbang antarabangsa Bali ditutup buat hari ketiga berturut-turut berikutan debu gunung berapi bahaya untuk pesawat.

“Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali, mungkin ditutup sehingga Khamis,” kata jurucakap, Arie Ahsanurrohim memberitahu AFP.

Mount Agung, yang menjadi satu daripada tarikan pelancong dunia dijangka meletus pada bila-bila masa.

Asap tebal yang berpunca daripada gunung berapi itu kini sudah menjulang tinggi di awan dan menyebabkan beratus penerbangan terpaksa dibatalkan.

Keadaan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 120,000 pelancong terkandas.

Berpuluh ribu penduduk sekitar kaik gunung itu pula sudah meninggalkan rumah mereka.

Gunung Agung meletus kali terakhir pada 1963, menyebabkan kehilangan sekurang-kurangnya 1,600 nyawa.

Dikatakan beratus ribu penduduk bakal meninggalkan rumah mereka untuk mencari tempat selamat. – AFP

KLIK BACA: Haruskah 400 ribu peminjam PTPTN yang disekat ke luar negara mengundi BN?

KLIK BACA: Penjelasan LUCU JASA dibayar gaji tinggi dari menteri memang wajar, jangan marah…

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

KLIK BACA: Pemimpin Melayu tidak takut malu siapapun dalam mengerjakan kemungkaran – Tan Sri Sanusi Junid

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE