Siti Sarah masuk hospital, Shuib terpaksa tinggalkan Sinar FM

3688

Kuala Lumpur, 29 Nov – Isteri kepada pelawak Shuib dari kumpulan Sepahtu iaitu Siti Sarah Raisuddin terpaksa dikejarkan ke hospital pada malam Selasa disebabkan tekanan darah rendah secara tiba-tiba.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 33, berkata keadaan Sarah pada ketika itu sangat membimbangkan namun semakin pulih pada pagi ini, lapor mStar.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada yang mendoakan Sarah. Alhamdulillah, walaupun malam tadi keadaan dia amat membimbangkan, tapi pagi ini dah okey.

“Nasib baik selamat sempat ke hospital kalau tidak…. (tak tahulah apa akan jadi). Malam tadi, tekanan darah dia turun habis dan amat membimbangkan,” kata Shuib.

Shuib juga ada memuat naik foto Sarah dan meminta peminatnya untuk mendoakan isterinya itu supaya cepat sembuh.

Beliau juga membuat pengumuman bahawa hari ini merupakan hari terakhir dia  bertugas  sebagai penyampai radio di stesen Sinar FM.

Bagaimanapun, dia tidak dapat berada di konti Sepahtu Sinar disebabkan perlu menjaga isterinya yang sedang sakit.

KLIK BACA: Robert Kuok dedah sejarah di dalam bukunya “Robert Kuok, A Memoir”.

KLIK BACA: Pemimpin tidak malu pinjaman bukan diurus Bank Negara tapi bank Yahudi dan terpaksa bayar komisen

KLIK BACA: Haruskah 400 ribu peminjam PTPTN yang disekat ke luar negara mengundi BN?

KLIK BACA: Tolonglah bertanding PRU14 Kak Ros jangan kecewakan kami…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share