Kuala Lumpur, 28 Nov –┬áPasangan pelakon, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin selamat bergelar suami-isteri.

Syarikat rakaman Fazura iaitu Universal Music memaklumkan, pasangan itu sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.50 malam, lapor mStar.

Pernikahan itu berlangsung dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat sahaja di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Sekitar 6.30 petang, dua orang lelaki tiba di lobi hotel dipercayai membawa pakaian pengantin masing-masing berwarna putih dan pirus (turquoise) sebelum diiringi oleh pengawal untuk naik ke lif.

Menurut sumber, keadaan di perkarangan hotel juga tenang dan hanya pada pukul 8 malam dua individu lengkap berpakaian baju kurung dan baju Melayu berwarna pirus muncul di lobi dipercayai hadir untuk ke majlis itu.

Seorang lelaki yang berpakaian baju Melayu dari warna sama kemudiannya dilihat turun mengambil dua tetamu berkenaan untuk ke tingkat 29.

Fattah, 27 dan Fazura, 34, pada Khamis lalu merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.

KLIK BACA: Penjelasan LUCU JASA dibayar gaji tinggi dari menteri memang wajar, jangan marah…

KLIK BACA: Pemimpin Melayu tidak takut malu siapapun dalam mengerjakan kemungkaran – Tan Sri Sanusi Junid

KLIK VIDEO: Azmin dedah layanan baik Sultan Johor…tapi Umno

KLIK BACA: Tolonglah bertanding PRU14 Kak Ros jangan kecewakan kami…

KLIK BACA: Luahan Razak Baginda kes bunuh Altantuya, Scorpene?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share