Kuala Lumpur, 23 Nov – Kerajaan Malaysia digesa membenarkan pramugari Malaysia Airline Berhad (MAS) bertudung bagi membuktikan amalan diskriminasi tiada tempat di negara ini.

Khalid Samad berkata langkah itu boleh dilakukan kerana MAS milik kerajaan, ulas beliau tentang kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz

“Nazri ini janganlah nak ambil kesempatan nak tunjuk hero. Kalau betul tunjuklah contoh, bagi pada MAS, jangan hanya cakap tapi tindakan tidak ada apa.

“Kalau betul nak buat tindakan betul, bagilah contoh yang betul juga.

“Benarkan pramugari MAS bertudung, sebab kita semua tahu MAS milik kerajaan. Mereka ada kuasa untuk buat peraturan demikian,” kata Anggota parlimen Shah Alam itu.

Sebelum ini, Nazri berkata hak untuk tidak didiskriminasi atas alasan agama merupakan hak asas yang terkandung dalam perlembagaan.

Anggota Parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad turut menuntut syarikat penerbangan itu tidak lagi menghidangkan arak kepada pelanggan.

KLIK BACA: Najib yakin kata Mahathir tak dapat disingkirkan, betulkah ini jawapannya

KLIK BACA: Derita rakyat hanya dapat ditamatkan dengan mengundi Pakatan Harapan – Tun Mahathir

KLIK BACA: Apakah mereka mahu rosakkan lagi negara tercinta ini, soal Tun Mahathir

KLIK BACA: Sultan Johor titah pemimpin Melayu berdamai, duduk semeja

KLIK BACA: Zahid tak mahu jumpa Tun Mahathir kenapa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE