SINGAPURA: Seorang wanita Malaysia dipenjara lima minggu kerana mencuri dan cuba memberi rasuah kepada seorang pegawai polis, dedah Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan Angkatan Polis Singapura (SPF) menerusi satu sidang media bersama pada Isnin.

Devika Maruvan, 31, didakwa di mahkamah pada 28 Ogos lalu kerana cuba menyogok Sarjan Lim Mei Jing degan sejumlah wang.

Dia turut didakwa atas 11 kesalahan berasingan kerana mencuri.

Siasatan menunjukkan jurujual itu yang bekerja di Rose Fashion, Tekka Centre menawarkan wang kepada Sarjan Lim bagi mengelak dari ditahan.

Sarjan itu bagaimanapun menolak sogokan itu dan menahannya. Cubaan rasuah itu turut dirujuk kepada pihak CPIB.

Ianya merupakan satu kesalahan untuk memberi rasuah atau cuba memberi rasuah kepada penjawat awam di Singapura, dan sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga $100,000 (RM306,538), penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Singapura menolak sebarang amalan yang menjurus kepada rasuah. CPIB juga mengambil serius amalan rasuah dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang terlibat, ujar CPIB dan SPF. – The Straits Times/Asia News Network/The Star

*Klik video pemimpin Afrika ketawakan Msia itu rasuah

KLIK BACA: Jawapan balas memang betul Tun Mahathir PM 22 tahun paling tak berguna sama? 

KLIK BACA: Bekas Duta Datuk Yeop Adlan: Kalau masuk akaun sendiri RM2.6 bilion macam mana ni?

KLIK BACA: 5 kejayaan Najib yang wajib disebarkan ahli Umno dengan bangganya

KLIK BACA: Selama ini rakyat tidak mengeluh dan membantah bayar cukai ada Najib peduli?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share

SHARE