Kuala Lumpur, 15 Nov – Spekulasi bertiup kencang sejak malam tadi (Selasa) kononnya pelakon Fattah Amin dan Fazura bernikah dalam diam.

Pasangan berkenaan dikatakan bernikah di rumah nenek Fazura yang terletak di Petaling Jaya namun tiada pihak yang berani mengesahkan perkara itu termasuklah pasangan berkenaan.

Sejak malam tadi, terdapat beberapa ucapan mengenai perkahwinan itu di status Instagram milik Fattah Amin menerusi gambar Kaabah yang dikongsinya selepas dia menulis kapsyen “semoga semuanya dipermudahkan.”

Bagaimanapun pada awal malam Selasa, mesej ucapan itu telah hilang mungkin dibuang oleh pengendali laman sosial berkenaan untuk mengelak berita kesahihan khabar angin itu terus diperkatakan.

Pada awal pagi Rabu, beberapa mesej tahniah mula muncul pada status berkenaan daripada peminat yang antara lain memberi andainan pernikahan itu dilakukan mereka bagi memudahkan Fazura mengerjakan umrah bersama Fattah atas sebab mereka suami-isteri.

Dalam pada itu tinjauan sebuah portal berita mendapati rumah nenek Fazura dipenuhi tetamu namun tidak dipastikan majlis apa yang dilakukan selain kawasan rumah berkenaan dikawal ketat, hanya tetamu terpilih sahaja dibernarkan menghadirinya.

Wakil artis berkenaan dan pihak pengurusan mereka juga mengunci mulut berhubung perkara itu.

Pasangan berkenaan dijadualkan akan berangkat mengerjakan umrah pada pagi Rabu.

Sebelum ini tersebar khabar angin Fattah, 27, dan Fazura, 34, memilih tarikh 13 November 2017 untuk bertunang namun apabila tiba tarikh itu, tiada pengumuman mengenainya dibuat.

Mereka juga pernah dilaporkan akan bernikah di Makkah namun atas beberapa faktor, pernikahan awal terpaksa dilakukan sebelum kedua-duanya boleh mengerjakan umrah sebagai suami-isteri.

KLIK BACA: Siapalah Mahathir tanpa jasa Najib, kata Kamarul Azman bekas ahli PPBM

KLIK BACA: Veteran Umno pertahan Zamihan, gesa Mufti Perlis tutup mulut

KLIK BACA: Rosmah, 1MDB cuba batal saman Khairuddin tuntut pulang barang kemas Jho Low

KLIK BACA: Hadi tak berani sebut dalam Umno juga ada penyangak kenapa?

KLIK BACA: Datuk Yeop Adlan: Kalau masuk akaun sendiri RM2.6 bilion macam mana ni?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share